Showing posts with label Perpaduan. Show all posts
Showing posts with label Perpaduan. Show all posts

Tuesday, April 14, 2009

PERPADUAN MALAYSIA

Sebentar tadi saya dengan kawan-kawan berborak kosong pasal politik. Tapi bukanlah politik yang macam org politik sembang. Kami sekadar politik bawah pokok. Rumusan kami rakyat Malaysia sekarang lebih bersatu padu daripada dulu-dulu. Orang dulu-dulu bersatu padu hanya dalam bidang rasuah. Satu bangsa tukang bagi rasuah dan satu bangsa lagi penerima rasuah.

Perpaduan hari ini lebih kepada politik. Di Trengganu kita boleh lihat orang China pasang bendera PAS semasa pilihanraya kecil Kuala Trengganu. Mereka juga tolong tampal poster calon PAS. Dan di Bukit Gantang baru-baru ni pemandangan yang sama juga dapat dilihat. Malah lebih hebat. Ada orang China tolong bacakan ayat Quran dalam ceramah PAS untuk orang Melayu. Hebat kan..? Orang China juga masukkan wang dalam tabung pungutan derma ceramah PAS.

Pemandangan seperti itu kita tidak dapat lihat dalam ceramah-ceramah UMNO atau Barisan Nasional yang lain.

Lebih menggembirakan, semasa kempen di Bukit Gantang, orang ramai menyaksikan Datuk Nizar jadi imam solat berjemaah manakala antara makmumnya Datuk Seri Muhyidin dan Datuk Zamberi, Menteri Besar Perak. Kedua-dua menteri itu juga berpeluang mendengar ceramah Datuk Nizar. Hahaha...

Semasa Tun M bagi ceramah di Bukit Gantang, 3,000 orang dikatakan pergi mendengar. Namun lebih 2,000 orang dari entah mana datang. Bukan orang tempatan. Tetapi semasa Anwar Ibrahim bagi ceramah, bilangan yang datang tidak dapat dikira... termasuk China dan India.

Pada akhir perbincangan kami, kami sepakat mahukan perpaduan sebegitu rupa berkekalan. Maksudnya, jangan hanya bersatu padu dalam jenayah seperti rasuah, merompak, menyamun, menipu....