Showing posts with label album. Show all posts
Showing posts with label album. Show all posts

Saturday, June 27, 2009

MEMORY OF JACKO



Aku kenal dia masa umur dia 10 tahun. Seorang budak hitam dengan hidung kembang dan rambut afro. Dia menyanyi dengan iringan muzik oleh abang-abangnya ''Jackson Five''. Sungguh lincah. Waktu itu tahun 1973. Oleh kerana tv aku masih hitam putih waktu itu, tidaklah nampak perbezaan dari segi warna kulit dia dengan warna yang ada kat tv aku, iaitu hitam. Sepuluh tahun kemudian, pada 1983 aku kagum dengan persembahan yang kita-dapat tonton sekarang. Album Thriller yang memuatkan lagu Beat It dan Billie Jean, yang meletakkan namanya di tangga paling atas album terlaris dunia, 50 juta unit. Sampai sekarang angka itu dikatakan masih belum dapat diatasi. So long Mike....