
Lama BD tak aktif... sorilah... Soal sebok satu cerita lain, tapi BD sebenarnya baru kehilangan seorang kawan. Kawan baik sejak 19 tahun lalu. Namanya Sabri bin Hat. Tapi kami panggil dia Sabrihat. Ada link blog dia dalam blog BD ni.... Sabrihat. Kalau ada masa, jengoklah blog kawan BD tu... Satu hal yang tak dapat BD lupa pasal kawan BD ni, beberapa hari sebelum meninggal dia hari-hari minta BD tukar template blog dia. BD marah juga tapi tak tergamak hampakan permintaan dia. Rasaya kalau BD tak layan permintaan dia waktu tu, BD akan menyesal seumur hidup....
Sebenarnya terlalu banyak kenangan BD dengan Sabri. Tahun 2007 dua kali kami ke Langkawi. Beberapa bulan sebelum kematiannya, hinggalah di saat-saat akhir hayatnya, dia terlalu banyak mengkritik kerajaan (seperti yang tertulis dalam blognya). Sedangkan dia seorang pegawai kanan BPR, sekarang dipanggil SPRM. Dan antara yang menyedihkan, dia tidak dapat menamatkan pengajian PHD yang sedang diambilnya di UiTM. Cita-citanya untuk bergelar doktor begitu tinggi.
Cara kematiannya begitu mengejutkan. Apalagi dengan usianya baru 47 tahun, tidak merokok dan aktif dalam sukan golf. Tiga hari sebelum kematiannya, BD sempat berborak panjang dengan Sabri. Kami makan malam bersama di Bangsar. Dan pada malam itu, buat kali pertama dia bercerita tentang kerjanya sebagai pegawai BPR. Dia bercerita tentang usaha menangkap seorang pegawai tinggi kerajaan yang terlibat rasuah. Kisah dia menyamar sebagai manusia merempat untuk mendapatkan maklumat, dan banyak lagi. Dia tidak pernah bercerita tentang kerjanya sebelum itu.
Rabu minggu lepas (20 Mei 2009) BD baru lepas mandi pada kira-kira pkl 1.50 tengahari, seorang kawan dari opis menelepon BD, memberitahu tentang kematian Sabri. BD bagaikan tidak percaya, tetapi tidak mungkin dia berseloroh tentang mati. BD bergegas siapkan pakaian dan bergegas ke pejabat. Dari pejabat BD bersama beberapa rakan terus ke Hospital Putrajaya di mana kawan BD sedang lena di bilik mayat.
Selepas dimandikan, jenazah Sabri dibawa ke Mesjid Putrajaya untuk di sembahyangkan Dari mesjid itu, jenazah dibawa terus ke kampungnya di utara Kedah. Dia meninggalkan dua isteri dan empat orang anak. Yang kecil baru darjah satu.
Sabri tidak pernah mengadu sakit. Dan dia sendiri hanya mengetahui tentang sakit jantung yang dialaminya sejurus sebelum kematiannya. Alfatihah sahabat ku....

20 comments:
al-fatihah
DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali…
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan semoga Allah SWT memberi ketabahan dan kesabaran kepada keluarga beliau atas ujian diterima
to Jie:
Dia kawan baik saya. Bacalah blog dia. ada link dalam BD
BD, aku pun terkejut selepas menerima sms memberitahu kepulangannya ke rahmatullah. Allahyarham salah seoarang kawan baik aku. Tetapi kita kena menerima hakikat hidup lawannya mati. Aku mengenali alahyarham semasa berkawan dengan Suhaimi Ahmad dan Amran (sekarang di TV3). Malah, allahyarham pernah pi rumah aku di Marang suatu ketika dahulu. Seingat aku kali terakhir aku jumpa arwah ialah semasa hang bawa aku ke berita TV waktu malam (waktu aku ada meeting di KL). Itulah kali terakhir aku jumpa allahyarham. kalau nak cerita kenangan bersama allahyarham memang banyak. Moga allahyaham di tempatkan di kalangan orang-orang mukmim. Al-Fatihah.
to aputra:
moga-moga begitulah... aku sebak setiap kali teringat dia...
Alfatihah utk allahyarham Sabri.....
Moga allahyarham berada di kalangan orang2 yang beriman.
bila kerja malam ni, teringat pulak kat abang sab. macam tak percaya. lagilah pada abang, rapat dgn arwah
terimakasih toknabe... sama-samalah kita sedekahkan fatihah... Arwah terlalu baik dengan saya dan rakan-rakan di rtm walaupun dia pegawai kanan di SPRM.
memang ryan... sesekali sebak rasanya bila teringat dia... bila rindu, abang buka blog dia...
Jikalau ada amal di dunia..itulah hanya pembela kita... Al Fatihah.
to paklang
semoga ada amal dia... yang kita tidak tahu
salam takziah bt keluarga allahyarham..semuga rohnye di cucuri rahmat oleh nye...
mmg sukar nk terima kan..tp pasrah..yg hidup pasti menemui ajal,yg masih hidup ni mesti le teruskn perjuangan....
begitulah keadaan kami di pusat berita... menerima khabar kematian rakan yang sama-sama berjuang dengan tabah...
salam..Al-Fatihah buat kawan saudara tu semoga mendapat Al Jannah....
jom ngeteh?
salam arsaili:
terima kasih.. sama-sama kita doakan.
Innalillah wainnailaihirojiun.. takziah buat sahabat BD tersebut
to Che Mat:
terima kasih... saya akan sampaikan pada dia ucapan takziah tu...
salam takziah utk keluarga arwah..
terimakasih cik combee...
al-fatihah juga dari saya untuk sahabat BD..Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.....
terimakasih mat gebu.... tak nak sedekah apa-apa ke...?
Post a Comment