Friday, December 11, 2009

BEGITULAH KISAHNYA...

Dah lama tak menulis apa-apa dalam blog ni. Rasa-rasa macam tak mau tulis dah tapi kawan aku yang tak senang tengok aku senang dok kacau aku. Dia cabar aku. Ada ka patut dia kata aku dah kawin dengan janda yang dah 18 tahun tak jumpa burung.

Tak apalah... Itu cerita dia. Yang ini cerita aku pulak. Kalau korang nak tahu Abang Putera tu keturunan Raja Siam. Nama sebenarnya Putera Chulalongkang, abang kepada Chulalongkon. Semasa Raja Tua mangkat, baginda lantik Putera Chulalongkon sebagai pengganti. Ini menimbulkan kemarahan Putera Chulalongkang.

Bagaimanapun untuk menghiburkan hati Putera Chulalongkang, dia diberikan sebuah daerah kecil untuk ditadbir, iaitu Daerah Danok. Sudah tentu Putera Chulalongkang tak setuju kerana daerah Danok terlalu banyak ayam. Pada mulanya Putera Chulalongkang sangat gembira. Sebab tiap hari dapat bermain dengan ayam Danok. Tapi lama kelamaan dia terkena penyakit selesema burung. Sebab seorang ayam yang dimainkan Putera tu pembawa kuman burung.

Lama jugak Putera Chulalongkang menderita penyakit tu sampai burung dia sendiri tak dapat nak selesema. Dia cari jalan macamana nak rampas takhta raja Siam dari adiknya. Akhirnya seorang penghlu Danok bagi idea supaya dia berlawan pedang dengan Raja Chulalongkon.

Lalu Putera Chulalongkangpun ikut nasihat penghulu berkenaan. Selama tiga bulan Putera Chulangkang berlatih main pedang dengan seorang guru silat di Danok bernama Tengku Azman, keturunan Panglima Hitam yang bersaudara dengan Panglima Jamal. Akhirnya hari yang ditunggupun tiba. Chulalongkang lawan pedang dengan Raja Chulalongkon. Siapa menang boleh perintah Siam dan yang kalah kena buang negeri.

Di pendekkan cerita Putera Chulalongkang kalah. Maka diapun lari pi Terengganu. Kira lintas sempadanlah tu... Kekalahan Chulalongkang bukan sebab dia tak pandai main pedang, tapi pedang dia lebih pendek dari pedang Chulalongkon.

Sampai di Terengganu dia tukar nama jadi Abang Putera. Kat Terengganupun dia tak boleh duduk diam. Adakah patut dia ajak Sultan Terengganu lawan kuda. Dah tentu Sultan Terengganu menang sebab dia memang pandai main kuda. Dan Abang Putera terpaksa merantau lagi. Nak balik ke Siam tak dapat, lalu dia naik kapal terbang pi duduk kat Serawak.

Oleh sebab terlalu banyak guna gambir serawak dan makan ulat sagu, Abang Putera sekarang cukup sihat sampai tak mau kembali ke Kuala Lumpur. Begitulah kisahnya... Bagaimanapun, Abang Putera sedih jugak kena tinggalkan Danok. Sebab di sana banyak janda 18 tahun.. huhuuu

12 comments:

umi_e said...

salam BD... lama tak singgah ke sini ;)

Kujie said...

hahahaha...dia siap smsm sy order janda 18 thn...so sy rujuk pada yg pakar

sapa lagi kalau bukan BD

:p

BelalangDewa said...

timakasih kerana singgah umi_e

BelalangDewa said...

hai kujie - dia pun minat kat janda 18 tahun jugak ke...?

Suara Perindu said...

Heheheh, gambir sarawak tu aku masih belum guna lagi. Bagi kat kawan2 ajelah. Ada terima e-mail dari Kujie pasal ubat kuat. Nasib baik spam. Kalau tak teringin juga nak order. Ini gara2 pukulan janda 18 tahun!

BelalangDewa said...

to abang putera:
kujie dah jadi tokeh ubat kuat ke..? bahaya tu. dia tengah menjand.... tu. suami dia tak de...

Pyanhabib said...

blog lu lawa sangat, segan nak masuk. lagi, lu ngaku lu lama tak menulis blog jadi gua masuk pun tak guna! keh keh keh!

ryann said...

wah..kisah ni kalau buat filem laku ni. boleh jadi filem epik termasyhur- the prince chulalongkang

KakiAyam said...

ya...satu lagi kisah lucah yang lucu.. atau kisah lucu yang lucah..entah.. yang mana satu tah...

BelalangDewa said...

to pyanhabib:

memang aku jarang bukak blog ni. aku pun malu nak masuk sebb lawa sangat... hihiii

BelalangDewa said...

to ryann:

tapi kalau buat skrip drama untuk rtm tak lulus...

BelalangDewa said...

to KakiAyam:

kisah lucu dan lucah: doble L