Aziz seorang lelaki kacak berusia dalam lingkungan 25 tahun. Tidak hairanlah kalau ke mana saja dia pergi, ada saja pompuan memandang wajahnya. Suatu hari Aziz pergi ke supermarket untuk membeli seluar dalam. Semasa memilih-milih seluar dalam yang sesuai, dia perasan ada sepasang mata sedang memandangnya. Apabila dia beralih ke arah mata yang memandang, dia dapati seorang wanita tua tetapi masih genit; bagaikan mak datin yang dimadukan.
Dia menjadi serbasalah, ke mana saja dia pergi selepas itu pompuan berkenaan mengekorinya. apabila dia berhenti, pompuan itu berhenti tetapi terus memandang mukanya seperti ada sesuatu yang difikirkan.
Akhir sekali, mereka tiba di kaunter bayaran. ketika itu wanita berkenaan melintasi Aziz dan memberitahunya, ``maafkan makcik kerana memandang awak. Muka awak salin tak tumpah macam muka arwah anak makcik. Makcik rasa terhibur memandang muka awak.''
``Oh tak apa...'' jawab Aziz dengan senyuman.
``Makcik ada satu permintaan...''
``Apa dia makcik...?''
``Masa makcik keluar nanti tolong katakan selamat tinggal mak...'' kata makcik.
``Oh tak apa... Nanti saya katakan...'' jawab Aziz gembira kerana dapat menggembirakan hati seorang pompuan tua yang menganggapnya anak.
Dan semasa pompuan tua itu meninggalkan kaunter bayaran, Aziz terus berkata, ``selamat tinggal, mak...''
Pompuan tua sangat senang hati. Dia melambaikan tangan pada Aziz sambil berjalan pergi.
Tiba giliran Aziz membayar harga seluar dalamnya.
``155 ringgit 60 sen...'' kata kashier.
``Kenapa mahal sangat. Saya cuma membeli seluar dalam ni...?'' Aziz tak puas hati.
``Emak awak suruh awak bayarkan barang dia sekali....'' kashier menjelaskan.
Aziz tepuk dahi... ``terkena aku dengan pompuan tua tu...CISSSS...''
Pesanan Aziz pada kita semua, jangan percaya pada orang, meskipun seorang pompuan tua.

8 comments:
Kalau yang muda pula bagaimana BD. RAsanya ada juga yg tak boleh dipercayai ni.... :)
yang muda lagi teruk... tapi kalau kena tipupun berbaloi... kena tipu dengan pompuan tua traumanya lebih...
subhanallah..macam-macam sekarang ni..kita perlu berhati-hati dan bertawakal pada Allah dalam semua urusan.
bukan saja dgn manusia... dgn belalang pun kita tak leh nak percaya sangat...haaa.haaa
hehehe, aku pernah dengar cerita ni.
to Ann- bak buat macamana Ann... memang susah nak dapat orang yg boleh dipercayai..
to kakiayam: bukan hanya belalang, ayampun orang dah tak boleh percaya.. haha...
to Ayah Pin: Bukan apa, cuma nak lepas gian mengarang... sebab dah lama sangat mengerang ni...
Post a Comment