Seorang kawan bercerita pada saya tentang kucingnya yang takut melihat tikus. Dia lalu bercerita tentang kucing yang tidak tahu sejarah, kucing yang jadi penakut kerana tidak belajar sejarah. Berdasarkan sejarah, tikus adalah makanan kucing. Orang kampung bela kucing hanya untuk mengelak tikus berleluasa dalam rumahnya. Dan kucing yang berani akan mengejar tikus sampai dapat. Sesudah dapat, tikus itu dikunyah sampai kenyang. Manakala tikus pula akan lari terkincit-kincit bila ternampak misai kucing sekalipun.
Tetapi sekarang, kerana tidak belajar sejarah, kucing jadi takut pada tikus. Kucing tidak tahu bahawa tikus pernah menjadi makanannya. Manakala tikus pula bukan lagi makanan kucing. Sebaliknya kucing telah diberi makan makanan dalam tin atau sekurang-kurangnya makanan yang dijual di supermarket-supermarket Yahudi kat luar sana. Sebab itulah kucing-kucing hari ini kelihatan gemuk, bulu kembang, tetapi penakut, sama penakut dengan orang Melayu yang sudah lupa sejarah. Rasa-rasanya kucing tu macam telah dikasi. macam orang melayu jugak yg nampak saja garang. tapi lembik. Dua kali budak Wee tu kutuk kita, masih sanggup maafkan. Tolonglah orang Melayu. Janganlah jadi tikus atau menikus. Kita saja nak kena jaga hati orang, tapi orang tak jagapun hati kita. Dulu pernah cabut keris, tapi lepas tu sarungkan balik. Lepas ni tak taulah Melayu nak cabut apa lagi.... cabut batang tinggal sarang kot....
Salam Syawal (26 april 2025)
1 year ago

2 comments:
Yang bab Melayu tak kenal sejarah tu, betul2 menggambarkan kucing yang takutkan tikus.
Memang betul, Melayu yang tak kenal sejarah adalah Melayu yang mampu ditipu dan terus terpedaya dengan penjajahan minda sekarang. Apa lagi Melayu yang tak kenal dan jauh dari Islam, lagi le hancur!
kucing takde tikus bermaharajalela...hohohoho....
Post a Comment