Tuesday, July 14, 2009

KISAH 3 ANAK NELAYAN

Ali, Abu dan Ahmad tiga sahabat yang akrab sejak lahir. Ketiga-tiga mereka anak nelayan dan tinggal di kampung nelayan tepi laut. Tidak seperti Ali dan Abu, Ahmad adalah anak yatim kematian bapa. Dia tinggal dengan ibu dan datuk serta nenek. Datuk Ahmad seorang nelayan berpengalaman yang sudahpun sampai ke pantai Indonesia dengan perahu seludangnya.

Suatu hari ketiga-tiga sahabat karib itu bermain di kawasan tebing yang agak tinggi dari paras laut. Ali dengan wajah bangga berkata, ''Di sinilah bapak aku terjun ke laut dan menyelam selama dua jam... Hebat kan...?''

Abu tersenyum dan berkata, ''Bapak aku lagi hebat. Dia dapat menyelam selama enam jam''.

Ahmad diam. Hanya mendengar temberang dua kawan karibnya itu.

Tiba-tiba Ali bertanya, '' Mat.... Bapak kau hebat tak...?''

Dengan agak malu-malu Ahmad berkata, '' Bapak aku lebih hebat dari bapak korang berdua. Dia terjun di sini tiga tahun lalu sampai sekarang belum timbul....''

Saturday, July 11, 2009

PERSEMBAHAN AKROBATIK



Ku persembahkan persembahan ini untuk Abang Putera yang kematian burung.... Semoga bahagia dan gembira menonton..

Friday, July 10, 2009

KISAH HAJI BAKHIL YANG BAIK HATI

Tuan Haji bakhil memang terkenal dengan kebakhilannya. Kedekut dan tak berhati perut, kecuali dengan pompuan. Tapi dia amat berbangga dengan nama itu.... Bagaimanapun pada suatu hari drebar Tuan Haji bakhil terkejut besar, hampir pengsan.

Peristiwa itu berlaku semasa kereta Tuan Haji Bakhil melintas satu kawasan semak. Dia ternampak seorang lelaki dan seorang pompuan bersama seorang anak mereka sedang menyelak-nyelak rumput. Lalu Tuan Haji Bakhir bertanya drebarnya yang bernama Mat Sabun.

''Orang tu tengah buat apa Mat Sabun..?'' Tanya Tuan haji Bakhil.

''Mereka orang miskin tuan haji. Mereka sedang cabut rumput untuk makan umbutnya,'' jawab Mat Sabun.

''Kesian... Berhentikan kereta...'' Tuan Haji Bakhil memerintah Mat Sabun. Mat Sabunpun berhentikan kereta.

''Panggil orang-orang tu....'' Perintah Tuan Haji Bakhil lagi...

Di sinilah Mat Sabun hampir pengsan. Macamana seorang yang paling bakhil dalam dunia boleh tersentuh melihat kemiskinan keluarga itu...? fikirnya. Dan dengan tak berlengah lagi, Mat Sabun pergi mendapatkan keluarga berkenaan.

Sekarang ada lima orang dalam kereta. Mat Sabun, Tuan haji Bakhil dan tiga sekeluarga itu.

''Kita nak bawak mereka makan kat mana, tuan haji...?'' tanya Mat Sabun sambil terus memandu.

Tuan Haji Bakhil memandang Mat Sabun. ''Makan apa..?'' dia bertanya.

''Habis.... Tuan Haji panggil diorang tu naik kereta macam nak belanja makan je...''

Haji Bakhil menjawab, ''Kat belakang rumah aku banyak rumput panjang. Dah lama tak potong. Aku nak belanja diorang makan umbut rumput itu lah...''

Itulah secebis nasib yang menimpa orang miskin. Orang kaya bukan nak tolong mereka, tapi nak tolong diri sendiri. Oleh itu... jangan percaya janji manis orang kaya.....

Saturday, June 27, 2009

MEMORY OF JACKO



Aku kenal dia masa umur dia 10 tahun. Seorang budak hitam dengan hidung kembang dan rambut afro. Dia menyanyi dengan iringan muzik oleh abang-abangnya ''Jackson Five''. Sungguh lincah. Waktu itu tahun 1973. Oleh kerana tv aku masih hitam putih waktu itu, tidaklah nampak perbezaan dari segi warna kulit dia dengan warna yang ada kat tv aku, iaitu hitam. Sepuluh tahun kemudian, pada 1983 aku kagum dengan persembahan yang kita-dapat tonton sekarang. Album Thriller yang memuatkan lagu Beat It dan Billie Jean, yang meletakkan namanya di tangga paling atas album terlaris dunia, 50 juta unit. Sampai sekarang angka itu dikatakan masih belum dapat diatasi. So long Mike....


Wednesday, June 24, 2009

SELESEMA BURUNG DAN SELESEMA BABI

Ada satu hamba Allah tiba-tiba bertanya aku, ''Kenapa ada selesema burung dan selesema babi..?'' Aku bagi jawapan yang mudah dia faham: ''Orang sekarang suka sedut kepala burung, sebab tu senang dapat selesema burung. Kebanyakannya orang pompuan...''
Kawan aku marah: ''Mana boleh. Orang lelakipun banyak kena selesema burung...''
Aku jawab: '' Betul. Memang orang lelaki yang empunya burung. Bila tak ada yang sedut, dia sendiri yang selesema...".

Bagaimanapun, aku teringat rungutan seorang kawan aku. Orang panggil dia Abg Putera: ''Burung aku dah lama tak selesema...''
Kasihan dia... Tapi sekarang dia tak de lagi masalah tak selesema... sebab dah ada penyedut...

Beralih pula ke isu selesema babi. Kalau kita perhatikan dengan teliti, hidung babi sentiasa berhingus, berair dan menjijikan. Sebab babi suka menyondol pangkal pokok untuk cari makanan. Cacing. Dengan kata lain, tabiat menyondol memang tak begitu baik untuk babi, mahupun manusia.

Malangnya, orang sekarang semakin ramai yang suka menyondol. Bukan pangkal pokok, tapi pangkal jalan....hahaha... Sebab tu dia dapat selesema babi.

Tak lama lagi ada pulak satu selesema baru akan timbul. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.....

Saturday, June 20, 2009

BERFIKIRLAH SECARA DEWASA



lama tak aktif. sebok dan malas. malam ni rasanya nak buat sikit. sikit saja tau.....

sakit hati tengok sikap jiran. indonesia. tapi aku ada ramai kawan di sana. rasanya, en3 ini akan menjawab sedikit pelbagai masalah yang ditimbulkan media-media indonesia kebelakangan ini, serta tindak tanduk mereka di sana yang menyentuh perasaan orang di sini. dan untuk rakanku di sana, penjelasan ini mungkin boleh dihebahkan kepada rakan-rakan yang lain.

pertama saya nak cerita isu pembantu rumah. isu ini pernah saya sebutkan sebelum ini, tapi yang ini kira ulanganlahhh...

saya kecewa kita tidak ada undang-undang dalam hal agama. seharusnya pembantu rumah yang beragama Islam harus bekerja di rumah orang Islam. Tetapi apa yang berlaku sekarang, ramai pembantu rumah Islam yang dihantar bekerja di rumah bukan Islam, kebiasannya rumah China. Maka, terjadilah perkara-perkara tak diingini.

Ingin saya sebutkan di sini, kebanyakan isu penderaan berlaku di rumah orang China. Orang bukan Islam seperti itu memang gemar mendera atau menguji kesabaran pembantu yang Islam. Mereka rasa puas apabila dapat mendera orang Islam. Sebab itulah mereka memaksa pembantu rumah memegang atau memasak babi yang mereka tahu haram bagi orang Islam.

Bagi orang Melayu di Malaysia, mereka tidak tergamak mendera atau melakukan hal-hal tidak sepatutnya ke atas sesama seagama. Banyak keluarga Melayu melayan pembantu rumah Indonesia seperti saudara sendiri. Tetapi ada jugak yang bernasib malang, selepas dilayan begitu baik, pembantu rumah pulak buat hal. Mencuri, bawak masuk boyfriend, keluar rumah tanpa izin, mendera anak majikan ( termasuk penderaan seksual)., dan ada jugak yang melarikan diri tanpa sebab.

Tetapi apabila perkara begitu menimpa tuan rumah, tidak pulak orang di Indonesia melancar piket mendesak pembantu itu dihukum.

Lain kali, kalau tak tau masalah, tolong diam.... Orang di Malaysia tak pernah mengadu kat Kedutaan Indonesia apabila pembantu berbuat tak betul. Kami juga tidak marahkan orang kat Indonesia apabila warga mereka di Malaysia mencuri, merompak, merogol, meragut di Malaysia.

Kenapa hal-hal yang begitu sepele dibisingkan..?

Bagaimanapun, saya heran jugak kenapa mereka tidak berpiket di hadapan kedutaan Arab Saudi apabila ada majikan Arab merogol dan mendera pembantu rumah dari Indonesia...? Kenapa Malaysia sahaja yang menjadi sasaran mereka...? Pak Arab punya lagi besar...

Mengenai isu Manohara saya lagi hairan. Bagi kami di Malaysia, isu itu hanyalah isu rumahtangga, antara anak raja Kelantan dengan pompuan cantik Indonesia. Orang lain tak ada kena mengena. Tapi kenapa orang Indonesia bising sangat isu Manohara... seolah-olah seluruh pompuan Indonesia disental oleh anak raja Kelantan tu. Yang saya tahu sorang je...

Berfikirlah secara dewasa dan hentikan perasaan sakit hati yang tidak bersebab.... Macam BD

Thursday, June 11, 2009

Mari Melawak

Lama tak melawak. Mai la kita lawak sikit-sikit kat sini.....