Ali, Abu dan Ahmad tiga sahabat yang akrab sejak lahir. Ketiga-tiga mereka anak nelayan dan tinggal di kampung nelayan tepi laut. Tidak seperti Ali dan Abu, Ahmad adalah anak yatim kematian bapa. Dia tinggal dengan ibu dan datuk serta nenek. Datuk Ahmad seorang nelayan berpengalaman yang sudahpun sampai ke pantai Indonesia dengan perahu seludangnya.Suatu hari ketiga-tiga sahabat karib itu bermain di kawasan tebing yang agak tinggi dari paras laut. Ali dengan wajah bangga berkata, ''Di sinilah bapak aku terjun ke laut dan menyelam selama dua jam... Hebat kan...?''
Abu tersenyum dan berkata, ''Bapak aku lagi hebat. Dia dapat menyelam selama enam jam''.
Ahmad diam. Hanya mendengar temberang dua kawan karibnya itu.
Tiba-tiba Ali bertanya, '' Mat.... Bapak kau hebat tak...?''
Dengan agak malu-malu Ahmad berkata, '' Bapak aku lebih hebat dari bapak korang berdua. Dia terjun di sini tiga tahun lalu sampai sekarang belum timbul....''

18 comments:
kah kah kah.. lawak betollah kisah 3 anak nelayan ni, macam tiga abdul pulaks...mcm three stooges pon ada gaks (kah..kah..ketawa sambil guling guling...gelithati...)
to SMM:
patutnya kita bersedih kerana kematian bapak si Ahmad tu..
Alfatihah untuk bapak si Ahmad ..........
ahmad memang bijak....
kah kah kah...lawak la BD ni!!
opppsss! sorilah BD, terlajak gelak pulak (terlebih sudah...), akak konpius arr.. ini cite sedih eh..
bapak ahmad dah jadi tukun kot tu pasai tak timbui2.. :p
aloo Abg Budin...tiba tiba saya teringat kisah seorang budak yg kena khatan 2 X.... tragis sungguh kisahnya...
to TokNabe:
malam jumaat ni ada kenduri arwah rumah dia untuk hari ke seribu...
to KuIna:
Memang Ahmad bijak... Ahmad yang mana ni..?
to RealWoman:
BD memang bijak buat lawak... hahaha
to SMM:
masa BD tulis cerita tu, 14 kali BD menangis tau.... mana boleh gelak.... huhuuuu
to Combee:
Bukan tukun... terumbu karang...
to KakiAyam:
tengah pikiaq ni... nak tulis atau tidak cerita budak tu kat sini...
tukun dgn terumbu karang kan sepupu :p
to cmobee
sepupu ke...? bd ingat anak buah...
sedey...jangan wat n3 sedey camni lg...nanti mama nanges...
BD tau... mama atiq kalu nanges boleh sampai terkencing.. kan kan kan..?
Post a Comment