Friday, July 31, 2009

DARI KERANA MATA


Combee seorang gadis manis. Cantik, jelita, gebu, sexy, menawan, berbulu lebat dan macam-macam lagilah. tetapi sayang matanya tidak berfungsi. Dengan kata lain, dia buta. Lantaran buta dia membenci semua orang di sampingnya, termasuk kawan-kawan, adik kakak, ibu bapa, dan orang lain yang lalu lalang memandangnya.

Hanya sorang saja yang sangat disayanginya, iaitu kekasihnya, Azlan. Azlan juga sangat sayangkan Combee walaupun terpaksa memimpin Combee ke bilik air setiap kali dia nak pancut. Oleh kerana terlalu sayangkan Azlan, Combee pada suatu hari berkata '' Kalau chek boleh nampak, chek nak kawin dengan abang Lan...''

Azlan sangat tersentuh dengan kata-kata Combee itu, namun sebagai manusia biasa, apa yang dapat dilakukannya.

Nasib mereka baik, atau mungkin ada jodoh Combee untuk menjadi isteri Azlan, pada suatu hari dia mendapat berita baik tentang seseorang yang bersedia mendermakan matanya pada Combee. Combee riang bukan kepalang. Dia mula membayangkan wajah Azlan yang akan menjadi suaminya tidak lama lagi. Mungkin hensem macam Brad Pitt...... Tapi dia tak pernah tengok Brad Pitt. Bagaimanapun ada juga kerisauan di hati. Takut Azlan rongak, atau botak.

Masa yang ditunggu telah tiba. Pembedahan mata Combee berjalan lancar. Hanya beberapa jam lagi doktor akan membuka pembalut matanya...... Dan masa itupun tiba.....

Sebaik saja Combee dapat melihat, Azlan terus merapatinya...''Combee sayang.....''

Combee kenal suara Azlan... Tetapi sebaik melihat Azlan, Combee terus membatalkan niat berkahwin dengan Azlan. Sebaliknya, dia memejamkan mata serapat-rapatnya. Dia tak sangka bahawa Azlan jugak buta....

Kini Azlan yang bersedih. Dia terus merancang untuk pergi jauh dari Combee. Dan sebelum dia pergi, Azlan meninggalkan sekeping nota pada Combee...''Jagalah mata aku itu baik-baik...''

Barulah Combee sedar, dia sedang melihat dengan mata Azlan.... Dia menyesal, tapi menyesal kemudian tak berguna...

Pengajaran dari cerita ini: Jangan percayakan pompuan buta....

12 comments:

Azis said...

kesian yer azlan pengorbanan dia tak dihargai...

BelalangDewa said...

to Azis:

itulah Combee

azlanlin said...

Azlan silap mata...patutnya, dia kena pakai spek mata hitam masa nak jumpa Combee... Baru mcm samseng kpg dusun.. huhu..

Best entri hang la ni..macam dolu-dolu. Ceriakan semula seperti sedia kala. Nantikan entri aku pada 5hb Ogos.. menarik untuk kita-kita!

Aku dah buat schedule.. post awai-awai.. takut time tu jd malas.. heheh

Hehehhe

BelalangDewa said...

to Azlan:
kesian hang... Combee memang tak patut... Patutnya hang bagi dia pakai mata kambing je...

Kujie said...

Sebab itulah selalu kena 'jentik' HATI...sebab mata sebenar ada kat HATI ye DB?

echah_syed said...

zaman skrg ade lagi ke azlan yg baik hati mcm gini BD..??

mayb 1000 ade sorang jer kot :p

pompuan selalu jadi buta bila dah fall in luv..kalo bole semua nak kasi walaupun maruah diri.berapa byk anak luar nikah smpi dlm longkang & tong sampah pun ade.

out of topic ekk?? saje nak over siket kat comment box BD :D

combee dlm stori ni anak sape?? ^_^

BelalangDewa said...

to kujie:

BD selalu jentik hati... tapi yang sakit, jantung...

BelalangDewa said...

to Combee:

Combee tu anak mami Perak... hihii

boleh over... lelaki macam Azlan cuma dia sorang je... Tetapi kesiankan... selepas menyerahkan mata, Combee tinggalkan dia.... Combee cari BD kot... hihiii

Jun said...

BD..azlan tu laki cheq...wakakaka...

jgn percayakan pompuan buta ye..yg celik lagi jgn percaya..keh3

Cuppa Kofee said...

ek, abg budin,
tak baik tau salahkan pompuan buta. dlm citer ni salah pompuan buruk dan perangai pon buruk.

BelalangDewa said...

to Jun:
Ye ke... tapi apasal Jun biarkan dia ngorat combee...

BelalangDewa said...

to Manje:
Lepas ni manje boleh buatkan citer lelaki buta pulak...