
Kawan aku kata pakar sains atau saintist, selepas bertahun-tahun bertengkar dan mengkaji, akhirnya dapat buat roket naik ke bulan, tapi pakar bahasa berpuluh tahun bertengkar dan mengkaji tak sampai ke mana. Asyik mengkaji dan lepas tu syok sendiri.... Kita lihat pulak apa hasil yang mampu dikaji pakar-pakar dalam bidang lain....
- Pakar perubatan- selepas mengkaji, bertengkar dan mengulangkaji akhinya dapat klon orang.
- Pakar kecantikan - selepas mengkaji, berbincang dan mencuba akhirnya dapat buat botox dari tempe.
- Pakar kecantikan tradisional - selepas mengkaji dan berbincang akhirnya dapat buat susuk.
- Pakar cari jodoh - selepas mengkaji dan mencuba dapat jumpa ayat Quran surah Yusof.
- Pakar masak - selepas mencuba dan mengkaji akhirnya dapat buat apam bantat dan nasik tangas.
- Pakar penyakit berjangkit - selepas mengkaji dan bertengkar dapat buat selesema babi.
- Pakar rumah tangga - selepas bertengkar dan memujuk dapat kawin sorang lagi.
- Pakar sakitpuan - selepas mengkaji dan menyelidik dapat baiki dara yang hilang.
- Pakar sakit tuan - selepas mengkaji bertahun-tahun dapat alihkan kedudukan `tuan' dia dari celah kaki ke dahi.
- Pakar pergigian - selepas mencuba dan mencuba dapat buat siung atau gigi emas.
- Pakar sukan bolasepak - selepas berbincang dan bersorak dapat jadi peyokong MU. Macam kawan-kawan aku tu... Jadilah....
- Pakar belalang - selepas terbang sana-sini dapat jadi belalang dewa...
Kesimpulannya, pakar bahasa paling tak guna. Menyusahkan orang sahaja, terutama pelajar sekolah.... Orang Amerika buat roket, orang Russia buat roket, orang China buat roket, orang Korea buat roket, orang yang pakar bahasa macam kita hanya mampu tumpang roket orang....








