Saturday, April 25, 2009

Switzerland Still In My Heart.







Switzerland bukanlah negara aku tapi sebuah negara Eropah yang sangat aku kagum. Bukan sebuah negara besar tetapi menawarkan perbagai keindahan. Geneva sebuah pusat metropolitan moden, dengan pantai peranginan canggih, dan daerah sepi Alpine merangsang keindahan banjaran bersalji Alps yang dikelilingi perkampungan indah di lurah-lurah yang sentiasa berair. Kita berpeluang juga mendaki puncak-puncak gunung yang sentiasa bersalji. dengan kedinginan mencecah tulang hitam. Atau menikmati keseronokan menyusuri tasik Geneva bersama kapal pesiar kelas A, atau menjelajah lurah-lurah Alps dengan Rhône Express. Atau merasakan saat-saat dramatik menaiki keretapi Alpines atau kereta kabel menuju puncak Montreux dan Zermatt. Jom ke Geneva bersama BD.... Di sana kadar nahas jalan raya terlalu rendah kerana tidak banyak kenderaan menganggu jalan raya.... tetapi di sanalah letaknya ibupejabat PBB, selain daripada di New York. Satu lagi keistimewaan Switzerland, di sinilah sebahagian besar jenama terbaik jam tangan dikeluarkan, termasuk yang BD pakai, ROLEX...



10 comments:

TokNabe said...

Memang tidak dinafikan Switzerland sebuah negara yang indah.Saay tau bukan kerana sudah pergi ke sana tapi melalui gambar2 kat internet dan juga kat blog Belalang dewa ni.

hehe... ada juga ROLEX yang dikeluarkan kat siam... :D

BelalangDewa said...

To Nabe:
Jangan citer kat orang tau... Saya pakai Rolex Siam... Haha...

Kasawari said...

wow bro pakai jam tangan rolex ker tu.. leh pinjam tak?

BelalangDewa said...

to kasawari:
boleh... nak amik teruspun boleh... rolex siam...

echah_syed said...

jam rolex tu bole jadi aset..kalo tak cukup duit nak buat hantaran kawin..bole gadai kan paklang :p

Jie said...

Switzerland mmg negara yang tenang..info tambahan rakyatnya kadar jangka hayat tinggi.

BelalangDewa said...

to combee:
tak bolehlah... yang aku pakai rolex siam punya... harga tak sampai 50rm.

BelalangDewa said...

to kujie:
jangka hayat dia tinggi sbb negara tu tak banyak polution. udara sentiasa bersih. kadar nahas jalan raya rendah sbb keter tak banyak...

boboiz said...

cantik tempat keje kau...

BelalangDewa said...

cantik ke boboiz... macam neraka..