Wednesday, April 8, 2009

DUA BUKIT SATU BATANG



Dua bukit satu batang... hihiiii... gelihati pulak baca ungkapan tu... tapi itu bukan lucah... Tidak seperti terung dalam blog Lin. Hehehe... Bagaimanapun PRK kali ini dikatakan paling adil. Pengundi bagi kat BN satu kerusi di Batang Ai, PKR satu kerusi di Bukit Selambar dan PAS satu kerusi di Bukit Gantang.

Namun BN paling tak puas hati sebab keluarkan belanja RM 1.5 juta untuk kempen di dua bukit dan satu batang tu. Tapi BN cuma dapat satu batang. Tak berbaloi. Yang untung SPR sebab dapat RM75,000.00 dari 13 calun bebas di Selambar dan seorang calon bebas di Bukit Gantang. Semua calon bebas tu hilang wang pertaruhan.

Tak pe lah... belalangdewa pun bukan pandai sangat pasal politik ni. Cuma belalang kurang minat dengan komen-komen orang BN selepas kalah di dua bukit. Komen yang seakan-akan melindungi kelemahan sendiri. Tabiat itu tidak sepatutnya dikekalkan karana orang dah menyampah. Mengaku sajalah ada ketidakbetulan dalam diri...

Jangan terus menerus cari kambing hitam untuk melindungi kelemahan sendiri. Tun M bukan punca kekalahan...Tapi sedarlah orang India sudah muak dengan sikap, perangai, tingkahlaku otai yang bernama Samy Vellu...

Pemuda sudah teramat benci dengan Khairi Jamaludin. Kelibatnya saja sudah boleh menentukan kekalahan BN, atau dengan lebih tepat, calon UMNO, di Bukit Gantang. Lebih-lebih lagi selepas dia memenangi kerusi ketua pemuda dalam pemilihan agung UMNO yang mengelirukan orang ramai. Macamana calon yang sudah disebut dan disyakki terlibat dalam politik wang boleh menang...hahaha...

Belalang tak mau cerita isu yang lebih atas lah, takut masuk penjara pulak. Cukuplah setakat itu. Cuma pesana pada UMNO ``enough is enough...... don't play play with me...''

6 comments:

KakiAyam said...

aiseyman..kata tak tahu sangat bab politik tapi en3 nie ada bau bau politik gitu...hee..hee. Belalang..cerita bab politik nie best..kalah hikayat seribu satu malam..keh..kehh

BelalangDewa said...

betul la... hikayat seribu satu malam pun tak begitu menyayat hati...hehe..

KakiAyam said...

pak belalang bakal dapat Menteri baru nampak gayanya..ada rombakan kabinet.

BelalangDewa said...

yelah... Rais Yatim... Nampaknya kami bertambah sebok le... Setiap kali tukat menteri, macam-macam dia nak tukar...Yang sekarangpun belum siap lagi....matioooo

JUN said...

ye la tu kan BD...ade yg salah tu, langsung x leh bertanding langsung..ada tu, jawatan tetap maintain tp x leh bertanding...tp yg pelik skali, salah tp tetap leh bertanding..menang plak tu....hahahaa...siap 3 kali kira tuuuuu.....

BelalangDewa said...

to Jun:
semua isu macam tu kena diselesaikan dahulu sebelum rayu orang ramai percaya balik pada BN... Sekarangnya peratus kepercayaan orang ramai pada BN merosot jauh... BR sedang meningkat....