Sunday, April 19, 2009

SEKALI AIR BAH....



Sejak awal tahun ini kami dibebankan terlalu banyak tugas. Pertama kerana perubahan besar yang melanda TV1. Mulai 1/1//2009 TV1 jadi saluran berita. Maknanya, TV1 hanya menyiarkan berita, talkshow dan rencana-rancana berinformasi sahaja. Ini bermakna bahagian berita tempat BD kerja lah yang menjadi mangsa. Gaji tak naik jugak.

Bayangkanlah betapa kelamkabut dan lintang pukangnya kami hendak menyediakan bahan-bahan berita yang disiarkan hampir setiap masa. Tidak ada lagi istileh relax bagi kami. Dalam masa yang sama kami terpaksa ambik tahu berita apa yang kena disiarkan pada satu-satu masa. Dah bertambah dari segi pengisian, kekerapan, nama berita dan waktu siaran. Pening, pening... bukan Penang.

Dah lah macam tu, satu lagi beban pulak datang. Sebenarnya bukan satu, tapi tiga. Tiga pilihanraya kecil serentak di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Jabatan kami yang dah sedia tak cukup orang terpaksa dibahagi tiga... Hahaha... Gila babi punya kerja... Satu team pergi Selambau dan Satu team pergi Segantang. Nasib Batang Ai kat Serawak. Kuranglah penglibatan kami.

Proses penyusunan semula bilik berita serta berita-berita yang disiarkan setiap setengah jam belum selesai sepenuhnya, kami dapat menteri baru pulak.... Fuhhhhh... Satu lagi penyeksaan. Menteri baru, idea pun baru. DSU Rais tidak sama dengan DS Shabery Cheek. Masuk saja pejabat, DSU Rais Yatim umumkan berita Nasional @ 1 yang disiar pukul 9 diturunkan ke waktu asal, iaitu pukul 8 malam. berita Mandarin, Tamil dan Inggeris balik ke TV2.

Aku juga menerima tempias daripada perubahan waktu dan kekerapan berita. Global@1 naik taraf dari setengah jam kepada sejam. Wowww... dari pukul 11 sampai 12 tengahmalam. Pening sekali lagi aku, tapi tak pe, aku suka...

Beginilah secoret cerita di sebalik kekecohan di bilik berita tv RTM...

6 comments:

Jie said...

org yg aktif ni tandanya sihat
sihat tubuh badan..sihat akal dan fikiran


................. tanda utama


masih dpt gaji...


:)

bile nak belanja saya..hutang dah setahun

TokNabe said...

Hehe...semua minta naik, cuma darah minta turun.. hikhik

BelalangDewa said...

to Kujie:
dah terlebih aktif ni... penat...

PAK LANG said...

Pak Lang pun pernah merasa bertukar ganti Boss. Kadang kadang pembaharuan tu elok.Kadang kadang memang menyusahkan. Pak Lang sekadar kuli. Ikut saja arahan ketua walaupun kadang kadang Pak lang tak berapa suka.

BelalangDewa said...

to tok nabe:

darah mintak turun tapi tetap naik jugak....huhuuu

BelalangDewa said...

to Pak Lang:
kenapa tida kerajaan tetapkan dasar satu-satu kementerian supaya tidak kerap berubah mengikut citarasa menteri...? kalau buat macam tu lagi best... Tak menyusahkan kuli-kuli kat bawah ni kan..? hahaha...