Gambar roti ni aku curi tapi lupa dari blog mana. Mintak maaf ye tuan roti.Sorri Mat Gebu... Aku rasa akupun boleh jadi tukang masak tersohor macam engkau. Inilah hasil kajian aku selepas berbulan-bulan bertapa di kaki langit. Roti Telur Dewa. Nama resepi ni diambil kerana ia merupakan makanan dewa-dewa zaman dahulu dan sekarang. Bukan senang nak membuatnye...
Bahan Yang Diperlukan:-
1. sebijik kereka atau motosikal.
2. minyak petrol
3. kedai roti.
Cara penggunaannya:-
anda perlu naik kereta atau motosikal. Hidupkan enjin dan pergilah ke mana-mana kedai yang ada jual roti. Tentukan kereta anda ada minyak petrol. Kalau tidak tak bergerak.
Bahan-Bahan Yang Mesti Dibeli:-
1. sebantal roti - nak beli roti cap apapun belilah. yang penting halal...
2. 5 bijik telur - kalau dapat beli telur omega3 kerana lebih mahal. kalau tak cukup duit, curi je telur tu.
3. Planta atau margarine beberapa tin.
4. Serbok perisa, gula dan garam (belacan tidak diperlukan)

Peralatan Tambahan:-
1. Dapur
2. Kuali
3. Lighter
4. Kain buruk
5. Mangkuk besar
6. Tong sampah.
7. Pinggan.
Cara Membuatnya:-
1. Pecahkan telur yang dibeli tadi. Isi telur (putih dan kuning) di isikan dalam mangkuk besar. Kulit telur dihumban dalam tong sampah. Kalau ada telur yang meleleh kat tepi mangkuk, bersihkan dengan kain buruk. Lepas tu pukul telur dalam mangkuk sampai hancur berkecai dan berderai.
2. Masukkan serbuk perasa, gula, serbuk cili, garam, tawas dan apa saja yang anda fikirkan perlu. Jangan taruk racun atau ubat nyamuk dah le... Mampus nanti... Kacau semua serbuk-merbuk tu sampai sebati dengan telur. Kalau tak sebati, anda terpaksa tukar telur baru. Mungkin telur yang anda gunakan tu tak sesuai. Telur cicakpun bolehlah...
3. Ambil roti dari dalam bungkusan dan rendamkan ke dalam mangkuk yang berisi telur. Habiskan satu bantal roti kalau anda pelahap sangat, atau kalau ramai yang menunggu giliran untuk makan.
4. Gunakan lighter untuk nyalakan dapur. Bersihkan kuali sebelum letak atas dapur. Tentukan dapur yang anda gunakan ada tunku. Api mesti dijaga supaya tidak terlalu besar sampai boleh membakar rumah. Sapukan margerin atau planta atas permukaan kuali supaya roti yang anda goreng tidak hangus, hangit dan melekat.
5. Proses seterusnya masukkan roti yang terendam telur itu ke dalam kuali. Berapa keping roti untuk sekali goreng bergantung pada saiz kuali. Bila dah masak, roti itu dimasukkan ke dalam pinggan.
6. Proses terakhir. Masukkan roti yang sudah dimasak ke dalam mulut dan kunyah. Apabila anda pasti roti sudah hancur dalam mulut, telan je lah....
Sekian....Selamat mencuba... Kalau tak sedap jangan salah saya, anda yang tak tahu memasak.

16 comments:
aiseyman..lain macam en3 kali nie ? aku pun selalu jugak masuk blog orang yg ada bakat dalam masak memasak nie...tapi ini la pertama kali aku baca satu resepi yang terlampau detail...dahsyat betul. Ini kalau buat satu program masak..mau melarat sampai 3 episod...yeala..tengah shooting..motor tak leh start..roadblock lagi..duit tertinggal kat rumah..tu semua boleh memanjangkan lagi cerita roti telur nie..
err..roti telur ke atau roti telur telur ?
ahhh..belasah je Pak Belalang.
Aduh la..suspen betul tau!!! nk bt roti telur tp perjalanan nye tu mak aiii punye la panjang,wakakakakah...mmg cam tau2 je kita suke mkn roti telur ye,cuma kurang 1 tu,tambahlkn mayonis,bru nyum3x!!!
nasib paklang guna teluQ ayam..kalo teluQ kasawari mesti melimpah ruah sbb teluQ kasawari besaQ :p
eerrrkkk ada tertinggal kot..... lepas masak MAKAN la...
dapur sy x yah lighter.. ngeh3x
to kakiayam:
itu idea yang baik... motor ada minyakpun boleh tak jalan kalau rosak... terlupa pakai topi keledar kena tahan polis... sampai kedai tak bawak duit... banyak rintangan untuk buat sekeping roti telur dewa... betul tu kakiayam...
to Sis Lin:
mayunis boleh buat cicah...hihii...lagi sedap. tapi kalau nak roti tu lebih sedap sapu ngan kaya... berdesupppp masuk perut...
to Combee:
kalau pakai teloq kasawari, sebijik telur boleh goreng lima bantal roti...banyak safe duit... tapi mana nak cari..? jauh sangat kat johor tu...
to KuIna:
Apa la dia ni... BD dah tulis pasal masukkan dalam mulut, kunyah dan telan tu MAKAN lah namanya...Ini mesti kes baca tak habis...
hahahahahahhahahahahaha .... tq tq tq ... Iman pun leh buat nih !!!
to bondarock:
ini resepi makanan dewa-dewa bondarock oiii.. rakyat kat muka bumi mana boleh buat.... Chef Mat Gebu pun tak sanggup...
kalau roti tu kita tukaq ke biskut mayat ok jugak rasanya. Celup pulak biskut tu dalam teloq ayam piru..perrghh..fingers licking good...
Dia merapu pulak dah. Kalau hang nak widget radio, boleh ambil di blog aku.
to kakiayam:
dua orang suka biskut mayat. kakiayam dan kuina. nampaknya popular jugak biskut mayat ni... tapi kena tunggu ada orang mati baru boleh makan....
to Abang Putra:
sesekali merapu nikmat jugak... nanti aku pi ambik widget radio tu... kalau gagal hang kena tolonglah...
Sorry pak belalang...aku kejutkan hang dari tidoq pukui 12 tgh tadi. Aku takut jugak hang jatuh dari lalang..hee..hee. Anyway..seronok sembang dgn hang tadi. habis jugak la kredit aku dlm dua tiga ringgit..tapi tak pa...hang punya pasai aku tak berkira. Ok...aku rasa kita boleh borak panjang time aku pi KL bulan 6 nanti..
to kakiayam:
cantikkkk... aku memang suka borak. borak politik tak berapa suka sebab banyak sangat yang aku tak tau...haha....
Post a Comment