Tak banyak hendak diceritakan. Sekadar penerangan ringkas mengenai tempat aku kerja. Nama tempat aku bekerja adalah Angkasapuri, terletak di puncak bukit putera Kuala Lumpur. Berdepan dengan Lebuhraya Persekutuan, lebuhraya pertama di Malaysia. Di sebelah belakangnya kawasan Pantai Dalam, yang dulunya kawasan setinggan tetapi sekarang sudah membangun menjadi sebuah kawasan penempatan moden yang dipenuhi rumah-rumah pangsa, pangsapuri dan kondo. Kawasan Angkasauri cukup luas. Di dalamnya terletak Wisma Tv (tempat aku bekerja), Wisma Radio, Bangunan IPTAR, Bangunan IBC (International Broadcasting Corporation), Rentak 50, mesjid, surau, kantin dan beberapa bangunan lagi. Sedang dalam pembinaan sebuah bangunan lima tingkat yang khusus untuk Berita TV. Kalau umur panjang aku dan rakan-rakan di pusat berita tv akan berpindah ke bangunan itu pada tahun 2012. Kementerian Penerangan terletak di bangunan Wisma TV di mana menterinya berkamar di tingkat lapan. Setiap musim cuti, Angkasapuri menajadi salah satu distinasi lawatan pelajar seluruh Malaysia. Dan ada jugak orang dari luar KL datang melawat Angkasapuri pada hari-hari biasa bukan musim cuti. Kalau ada kawan aku yang nak datang melawat Angkasapuri, beritahulah... Kalau setakat tiga empat orang, aku boleh bagi rekomen masuk dan melihat sendiri apa yang kami buat... Boleh tengok studio, auditorium dan macam-macam lagi. Begitulah adanya....
Salam Syawal (26 april 2025)
1 year ago

14 comments:
wah bestnye la..nk gi melawat la nnti..hoye3x...
to Lin..
datang la... kita sambut ngan tikar terbang....
salam BD...
walapun umur toknabe dah lebih suku abad tapi toknabe tak pernah lagi sampai ke angkasapuri.
to Tok Nabe:
Datang le.. BD garenti pasti bagi layanan istimewa macamana yg Azlanlin dapat dulu.. Hehe....
Pak Lang selalu ulang alik depan Angkasapuri. Naik Komuter. Tgk la..kalau komuter rosak dekat area Angkasapuri atau Pantai Dalam..Ppak Lang menapak la pegi RTM. Cari BD. Jgn lupak belanja minum. Tekak haus sebab banyak menapak ke angkasa.
sungguhlah malang nasibku..hanya sempat sampai kat car park saja!
eerrrrkkk sy tak pernah sampai sbb tiap2 hari angkasapuri sampai kat tv & radio sy....
to Paklang:
Saya dah mula doa bagi komuter rosak depan angkasapuri supaya dapat jemput Pak Lang pergi kantin Angkasapuri... haha...
to Kujie:
Sapa suruh... orang dah ajak masuk, tak mau... Nak tunggu permaidani merah biru... Kalau tidak, dah masuk pun...
to Kuina:
Bagus la dapat pergi angkasapuri melalui tv dan radio... Ada masa datang rumai Kujie, ajaklah dia masuk angkasapauri pulak... haha
nanti leh gi melawat kat sana ek.. boleh di uruskan ya...
hampir2 hari tu masuk program blog kan bro.. he he..
first dan last gi sana waktu tingkatan 5.. tahun 1989.. dah 20 tahun tu bro.. mesti byk perubahan.. terutama bilik berita..
to kasawari:
tahun 89... hihiii 20 tahun. terlalu banyak perubahan. Menteri pun dah tukar enam kali....
wahh...promote ofis bang
to ryann:
dah tak tau apa nak tulis...
Post a Comment