Tuesday, September 1, 2009

BONUS OOO BONUS, JALAN BONUS KOT..?

Lihatlah kakitangan kerajaan... punyalah penat bekerja
sampai tertidur. Itupun tak dapat bonus ka..???

Kesian kakitangan kerajaan. Ramai yang tak dapat markah penuh puasa tahun ni... Dok menyumpah kerajaan kerana susah sangat nak bagi mereka bonus. Surat khabar Utusan kata 1.2 juta penjawat awam dan 75 ribu pesara tengah tunggu khabar gembira. Tak tau lah akan dapat atau tidak.


Tinjauan pendapat orang ramai berkata, kerajaan patut dan wajar bagi bonus kat kakitangan kerana mereka tiada sumber pendapatan lain untuk menampung kos sara hidup yang terus meningkat.

Setakat ini Najib membisu. Manakala Rosmah masih memenuhi senarai apa yang hendak dibeli untuk mengindahkan rumahnya di hari raya.

Tetapi sorang kawan BD kata, 'Bonus...? dapat, Alhamdulillah... Tak dapat, boleh belah....' Itu lah sikap kakitangan kerajaan yang patriotik, dan kerajaan yang tidak kurang patriotik...

Tau tak... betapa menyampahnya hidup saat ini.....?????

22 comments:

KakiAyam said...

rasa rasanya dapat... kalau tak bulan nie..bulan depan. kalau tak bulan depan..bulan berikutnya...dan begitulah seterusnya.. Insyallah dapat.

BelalangDewa said...

to kakiayamm;
mungkin tahun depan kot... masa tu semua orang dah mogok...

Suara Perindu said...

Aku tak kisah tak dapat bonus sebab bulan ni dapat tunggakan naik gaji 9 bulan. Kalau hang mai sini boleh aku belanja!

BelalangDewa said...

aku tak ada tunggakan. macamana nak pergi kucing... balik kampungpun tak cukup duit...

Kujie said...

Kalau rezeki dah tertulis, adalah tu.

nak pergi blog abgputra capat2lah, kot2 dia tabur duit raya kat sana

kuIna said...

dah g kipas boss td..bos kata bajet tak turun lagi...

BelalangDewa said...

to kujie:
pergi ramai2... abg putra tengah kaya tu.... bawak anak bini. laki, jiran, pak mentua.... menantu..

BelalangDewa said...

to kuina:
bulan posa tak boleh kipas bos sangat. sedap dia tidur......

Chenta said...

Salam BelalangDewa..

wahh.. memang awak jenis spesis yang sukar didapati atau mungkin semakin pupus mungkin ..

Pandai awak cari topik kann...
isu Bonus utk kakitangan kerajaan.

herm.. pernah ke tak dapat ?

And awak perasan tak.. Bonus juga telah menyatukan pelbagai bangsa ..saling bersatu menuntut dari kerajaan ( sedangkan hakikatnya berlainan fahaman politik)

Barulah betul 1 malaysia .. kann

BelalangDewa said...

hehe;
betul tu Linda, malah banyak perkara negatif lagi yg menyatukan masyarkat malaysia, lebih erat dari satu malaysia... jenayah mencuri, merompak, rasuah... semua tu contoh 1 Malaysia yang tulen... hihihiiii

Granny Hani said...

1. Bonus ke tak bonus raya tetap raya!
2. Unik sungguh pemilihan nama belalang dewa ni..menarik dan buat saya tertanya tanya.naper ek?
3. Kalau lagu 'Angin Dewa Muda' tu saya memang suka sgt..menusuk gitu..Apa connection belalang dewa dgn angin dewa muda? manala tau kan, kut keturunan dewa muda..
4. Jangan marah, sekadar bertanya di pagi hari sambil tunggu waktu subuh...salam kenal.

BelalangDewa said...

to hanimelukut:
maaf kena pendekkan sikit nama tu... BD memang tak pernah dapat bonus raya. en3 bonus tu sekadar melampiaskan ketidakpuashati kekawan yang selalu ni dapat. BelalangDewa sejenis belalang yg sukar didapati sekarang ini dan dianggap bertuah bagi org yg menemuinya. BD tiada kaitan dengan Angin Dewa Muda. Kenal pun tidak..haha...

Jun said...

ni khas tuk keje kerajaan, suami kita keje swasta so x kena tempias langsung ni BD...
tapi kan BD, kalau x bg sure najib cr nahas lah tu...tunggulah pilihanraya berikutnyer plak..agak2 diorang berani x bg x? hehehehe

biskutrajin said...

hmm...dpt pon sama je...dorg cekik kita kt cukai pndpatan pulak nnti

BelalangDewa said...

BD pun bukan keje kerajaan Jun. BD kakitangan tak tetap dki pejabat kerajaan. sama status dng pendtang haram indon atau jamaica... BD dah tentu tak dapat bonus... Jangan risau.. Tak payah tunggu pilihanraya Jun... sekarangpun dah tak ramai org yang hurmati dia... BD belum sampi tahap benci... cuma tak ambik tau...

BelalangDewa said...

betullah tu biskutrajin... sebelum kita dapat duit tu, china-china kedai dah penaik harga barang macam nak ghak.... Macamlah kerjaan bagi duit tu untuk mereka melalui kita...

TokNabe said...

Ada.. tak ada.. ada .. tak ada...

Jawapannya ..entah ler. Dah dapat bonus petrol ari tu.

BelalangDewa said...

kesian tok nabe... peneroka pun dapat saguhati berjuta-juta...

deeja said...

Bonus..oh..Bonus...syoknyer...ini..
ni bermakna...deeja pun dapat bonus jugak..suami deeja keje kerajaan gak .kita raya sakan .llerr

arsaili said...

salam...wahhh dapat ker idak bonus ni?

BelalangDewa said...

to deeja:

sonoknyeeeer... raya sakanlah mike..

BelalangDewa said...

to arsaili:
tak nampak bayangpun sdr.....