KEMBARA DI MALAM RAYAAkulah kembara di malam raya
malam
yang mengimbau segala ingatan
pahit manis hidup
sebagai kembara sepi yang terus
berkelana
di alam yang meninggalkan aku
dan seluruh hidupku
Akulah kembara malang di malam raya
sejak telapak kakiku masih mulus
dan usia belum setahun
ditinggal ayah
dan
semasa masih
dahagakan belai manja
wanita bernama ibu
aku sekali lagi
ditinggalkan
Akulah kembara itu
yang sentiasa kesepian di malam raya
bersendirian di alam maya
tiada arah hendak ku hulur tangan
minta restu
Akulah kembara itu
yang lebih rela bertugas dihari raya
daripada
berendam air mata
di kamar sepi rumahku.
Akulah itu
anak piatu yang terus
mengembara
tanpa restu dan doa
orang tua...
Semasa orang lain bercakap
tentang balik kampung
jumpa ayah bonda
aku hanya tahu bercakap tentang
kerja...
Namun kusimpan segala perit dan pilu
ku sembunyi setiap titik airmata
supaya tidak ada yang tahu
derita yang ku bawa
sejak berpuluh tahun lalu

12 comments:
salam syawal BD..
ehhh ngape sedeh pulak.famili kan ada.
uishhh BD ni lagak mcm org bujang ler pulak.. :p
tak baik tau :D
Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin
Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H kepada BD & Keluarga – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…
to combi:
orang yang belum jadi yatim piatu tidak akan tahu perasaan yang terbenam dalam hati nurani yatim piatu. apalagi kalau yatim sejak zaman kanak-kanak atau remaja... keluarga soal lain... memang ada tapi selama berpuluh tahun aku sentiasa teringat nak sentuh lutut ibu tapi tak kesampaian... jadi, orang yang masih ada ibu bapa tu, jagalah hati mereka baik-baik.
maaf zajir bathin.
to kujie:
selamat hari raya kujie... semua kesalahan kujie sama ada yang sengaja atau terlanjur sudahpun saya maafkan... hihii... macam banyak sangat pulak... dan kini giliran saya mintak maaf kat kujie... sanggup peluk lutut ni.... halalkan semua yang tertolong, terbantu, terbagi...tersedekah..
huiiii, besajok pulok dohhh!
(semat hari raya!)
nak jadi kawan pyanhabib mesti pandai besajok... hihii
samat hari raya jugok....
BelalangDewa..
Kamukah itu Kembara di Malam Raya
membawa perkhabaran duka nan lara
terbias sepi mengalun duka
terukir irama duka nestapa ..
Kamukah itu BelalangDewa
mengharap kasih Ayah tiada
mengerti kehilangan ibu tercinta
apakah begitu dukamu sentiasa
berkelana jauh merentasi tabir luka..
di uji Tuhan sedemikian rupa..
Kamukah itu BelalangDewa ?
berhentilah seketika melepasi lelah
agar tidak tersandung sedia mengalah..
mengusung duka mengelap gelita
hingga terbawa dirimu dan keluarga
Moga Allah memberikan kamu kekuatan yang luarbiasa .
Note : Saya sekadar menduga rasa . Jika bait kata ini tiada kena mengena dgn diri BD, anggap sahaja ia sebagai perkongsian .
Dengan tulus ikhlas.. salam lebaran dari saya sekeluarga .
terima kasih LinDa:
Tidak saya sangka
LinDa juga sanggup berkongsi
lara yang saya tempoh selama ini
dan entah sampai bila..
Kerana yang sudah pergi
tak akan muncul kembali
untuk mengubat dukaku selama ini..
Terimasih Linda sekelurga dan BD sekeluarga...
Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek.
Selamber..
terima kash Fdaus... nanti ua datang..
aku ni...
yg baru kehilangan bonda BD..
kehilangan kasih ibu.
cuma tinggal ayah kini
BD bersabarlaa
bukan semua orang dapat menghayati perasaan kita..
Ceria selalu
BD tak sepi di maya kan??
dah nah tisu tandas lap hingusmu..
hihih
maaf zahir batin.
thank tirai hidup... memang tak sunyipun... cuma ada ketika-ketika tertentu je...
Post a Comment