Thursday, September 24, 2009

SUAMI TERBAIK



Kalau anda fikir suami anda yang terbaik, baca kisah di bawah ini dan fikirkan sekali lagi, apakah suami anda sebaik kawan saya ni...






Selepas keluar dari gym, kawan saya bersama sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan sebuah kelab eksklusif
lagi mewah di pusat bandar. Tiba-tiba terdengar deringan handphone di sebelah beg pakaiannya. Kawan saya mengangkat dan menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . .
Kawan saya, "Hello...?"

"Abang... Nie sayang nie,"

"Emmm...tau... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya... baru lepas tukar baju..."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli untuk pakai raya ni...?"

"Berapa harganya?"

"$1500.00 je bang..."

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Lega rasanya... dan sebelum datang sini tadi sayang ada singgah di Cycle & Carriage. Sayang suka sangat kat satu model terbaru Mercedez tu. Sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . lagipun elok juga kita tukarkan dengan Camry yang kerajaan Perak lelong tu"

"Berapa harga dia bagi?"

"Cuma $280,000 bang.... Bolehlah bang ye...."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Bang, bang..... ada satu perkara lagi bang..."

"Ada lagiiii..?"

"Abang jangan marah pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan..pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat
tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga dia letak?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK... sayyyyang abang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye! Sayang akan hidangkan persembahan paling baik.. Macam yang abang suka tu...Love you bang!!!"

"Bye... Love you too..."

Kawan saya berhenti bercakap, menutup flap handphone . . Sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu, dia bertanya pada yang ada dalam bilik tu...

"Ada sesiapa tahu hanphone ni siapa punya....? "



14 comments:

Granny Hani said...

hahahaha...pengsan la empunya hset tu!!

kuIna said...

wakaka.. sy pakai baju kainnya RM1.50 aja semeter. tp sutera gak...

BelalangDewa said...

to hani:

memang BD pun terasa macam tu. Silap haribulan ada yang cerai berai tu... jahanam punya kawan BD... haha..

BelalangDewa said...

to kuina:

kain siam rm1.50 dah kira mahal tu... hihiii... tahun lepas cari yg 80 sen semeter pulak nooo...

azlanlin said...

Meriah sungguh empunya hp tu. Lagi meriah yang menelefon hp tu. Apa-apa pun, yang menjawab telefon tu memang bijak memeriahkan suasana. Dan yang paling meriah ialah penulis entri ini. Hehehhe... Cayo la bro...

BelalangDewa said...

to Azlanlin:
kalau terjadi pada kita perkara macam tu, tak tau laaa apa nak buat kat bini... huhuuuu

hazeleyed lady said...

Salam ziarah
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul...
rasenye memang sepi hidup tanpa ibu...namun life must go on...
semuga berolehi keberkatan di nAidil Fitri

BelalangDewa said...

terimakasih hazeleyed. salam idulfitri...

KakiAyam said...

அமெரிக்க வெளியுறவுத் துணை அமைச்சர் ஜேம்ஸ் பி ஸ்டெயின்பர்க் நாளை தொடக்கம் கோலாலம்பூருக்கு இரண்டு நாள் பயணத்தை மேற்க்கொள்கிறார்.

ஸ்டெயின்பர்க்குடன் அமெரிக்க வெளியுறவுத் துறை தற்காப்புத் துறை, தேசிய வேவுத் துறை ஆகியவற்றின் மூத்த அதிகாரிகளும் இங்கு வருகின்றனர்.

அவர்கள் மலேசியத் தலைவர்களுடனும் அதிகாரிகளுடனும் இரு தரப்பு, வட்டார, அனைத்துலக விஷயங்களை விவாதிப்பர் என்று வெளியுறவு அமைச்சு வெளியிட்ட அறிக்கை கூறியது.

BelalangDewa said...

to KakiAyam:

Looorrrrr.... macamana nak jawab ni

Juezura said...

Bertuahnya badan kalau dapat hubby cam gitu ek...mintak jer semua dapat..ahahahaha

BelalangDewa said...

to Kak Zue:

Bertuah apa ke nama... Yg nyata suami dia akan mengamuk selepas balik rumah...

Anonymous said...

salam BD.. agaknye ape jd lepas tu ye.. :p

slmt hari raya.. :)

BelalangDewa said...

to Syam...

Bini dia kena cerai sebab laki dia bangkrup... hihiii