Thursday, October 1, 2009

KITA ORANG BERIMAN


Nasib baik saya ada dua hati. hati yang jahat dan hati yang baik. Hati yang jahat berkata, ``padan muka... itu la... tak habis-habis kutuk jiran, sekarang sapa yang susah... pi mampuslah...''

Tetapi hati yang baik berkata, `` kita macam bukan depa... kita orang beriman dan bersusila... sesiapa yang dalam kesusahan, kita tak sampai hati tak bantu, mesti nak tolong jugak walaupun depa hina kita macam-macam...''

Itulah antara pendapat rakyat Malaysia bila bercakap tentang Indonesia... Kita tak sampai hati tengok jiran kita susah... meskipun sebelum gempa di Padang, mereka timbulkan isu batik... Kononnya mereka saja yang tahu buat batik, kerana batik berasal dari negara mereka... Perangai macam budak kecik...

Kita tak kisahpun batik tu sapa punya... lagipun, kita dah lama sedar corak batik Malaysia dengan batik Indonesia tidak sama... Batik Trengganu dan Kelantan tak sama dengan corak garuda Indonesia.


Dan sebelum isu batik, mereka mainkan macam- macam isu; bermula dengan isu pulau ambalat, isu manohara, pembantu rumah, lagu negaraku, isu tarian Bali dan pelbagai lagi. Isu-isu itu ditimbulkan satu persatu dengan harapan orang Malaysia akan besar kemaluan. Kerana mencuri dan mengambil hak mereka untuk dijadikan hak sendiri.

Tapi orang Malaysia tak kisah. Sebab orang beriman dah lama tahu isu-isu berkenaan sengaja mereka timbulkan untuk sakitkan hati jiran yang baik... Malah mereka pernah kata kita Maling Asia... Maling dalam bahasa Jawa dan Banjar bermakna pencuri...

Kita tak kisah jugak. Bukan kerana takut, tapi kita adalah orang-orang beriman... Orang beriman tak suka layan sikap jiran yang curang... Cuma kita harus berhati-hati. Dikhuatiri selepas aman dari bencana nanti Indonesia kembali mainkan isu sakitkan hati kita. Kerana banyak lagi yang boleh dijadikan isu. Kain pelikat cap Gadjah ke, tempe ke, wayang kulit ke, kuda kepang ke... Tunggu sajalah....

10 comments:

secangkir madu merah said...

aku pon terfikir macam tu jugak bila tengok kejadian tu dikaca TV tapi tak terkeluar dari mulut perkataan "padan muka diowrang"

pada aku kejadian itu satu peringatan bagi diowrang dan satu teladan bagi kita disini..

BELAJAR UNTUK SENTIASA BERSYUKUR..
BERSYUKUR.. BERSYUKUR....

Kujie said...

mana ada org pakai batik skrg ni..org gomen pun kena paksa baru pakai..kehkehkeh


budaya bkn milik negara, tapi milik bangsa....bangsa bkn dok tercerok dlm satu2 negara je..tu namanya bangsa katak bawah tempurung..bangsa yg maju bertebaran di atas muka bumi yg luas ini..

dpt point di situ?

kalaulah satu2 bangsa tu merantau/ menjelajah....tersebarlah budaya tu...cess..soalan sekolah rendah pun depa tak leh nk fikir, kan..kan.


Jiran saya pembantu rumahnya dari Indonesia dan jangan diungkit apa yang pernah saya bantu dia...kerana Allah Ta'ala. Mcm tu la juga segala bantuan kita kepada Indonesia.

Bencana tu juga peringatan utk kita...insap...insap

KakiAyam said...

rasanya topik nie kita ada bincang masa kita mengeteh kat kedai milik org Taiping di Bkt Angkasa tempohari... kalau tak salah saya la.

BelalangDewa said...

to SMM:
kita orang beriman tak sanggup tambah kesengsaraan jiran dengan kata-kata kesat... sebaliknya naluri untuk membantu mesti muncul, sekurang-kurangnya mendoakan kesejahteraan bagi mereka yang hidup dan terpaksa menanggung sengsara.. bagaimanapun, kita mesti sentiasa beringat... pertama, jangan hina jiran...

BelalangDewa said...

to Kujie:

Hihiii BD tak de baju batik... Org kerajaan je yg pakai batik. itupun kerena terpaksa. Maknanya orang Malaysia bukan minat sangat pada batik. Tak perlulah ada negara yang mendabik dada mengatakan batik budaya dia. Lagipun, macam yg jie cakap tu lah, budaya adalah milik bangsa, bukan milik negara. orang malaysia tahu di negara kita ada macam-macam bangsa termasuklah jawa, banjar, minang, aceh... dan mereka adalah rakyat Malaysia. Kita bukan katak bawah tempurung...
Jangan bagitau diorang kita jugak makan tempe... nanti dia akan bising kata tempe depa punya dan kita hilang satu bahan awet muda... hihiii

BelalangDewa said...

to KakiAyam:
Memang BD ingat. Dan kita jugak ada kata setiap kali depa kutuk Malaysia, ada saja bala menimpa mereka... itu kata-kata yg sengaja kita sebutkan, bukanlah kerana kita ni dari keturunan wali... hihiiii

Chenta said...

Salam BD..

psst... Betul ! jangan cakap kuat2 pasal tempe . Makanan fav. saya tuh . Nanti dorang kecoh satu wilayah .

Sebenarnya mereka memang tak sedar diri . Bangsa yang korup . Pergolakkan antara mereka kerana mereka suka mencari isu yang bodoh dan memporak perandakan daripada menyelesaikan sesuatu isu itu sendiri .

Dari sudut kemanusiaan . Benar . saya bersimpati and ada hiba di hujung hati ini melihat kemusnahan dan kematian didepan mata .

ryann said...

membalas dengan kebaikan yang boleh sedarkan mereka. itupun kalau sedar. harap harap. sesiapapun tak suka tengok orang susah kecualilah hatinya tidak bersih

BelalangDewa said...

to LiNda:

nasihat saya supaya Linda cari makanan lain ganti tempe... tomyam goreng misalnya... supaya tidak kecewa dikemudian hari.

tentang kemanusiaan tu, memang sepatutnya kita orang beriman dan berhati bersih tetap menghulur derma dan bantuan. kerana mungkin ada sedara mara kita yang terlibat dalam gempa di padang tu... memang ramai orang kita di sini bersusur galur dari sana...

BelalangDewa said...

to ryann:

betul yan... membalas kejahatan dengan kebaikan adalah tuntutan agama. kita umat Islam dan tidak sepatutnya berdendam dengan apa yang mereka lakukan.

kroniknya, di sana ada ramai ulamak tersohor tetapi kenapa masih berhati busuk terhadap jiran....