Saturday, May 30, 2009

SELAMAT BERISTIREHAT KAWAN



Lama BD tak aktif... sorilah... Soal sebok satu cerita lain, tapi BD sebenarnya baru kehilangan seorang kawan. Kawan baik sejak 19 tahun lalu. Namanya Sabri bin Hat. Tapi kami panggil dia Sabrihat. Ada link blog dia dalam blog BD ni.... Sabrihat. Kalau ada masa, jengoklah blog kawan BD tu... Satu hal yang tak dapat BD lupa pasal kawan BD ni, beberapa hari sebelum meninggal dia hari-hari minta BD tukar template blog dia. BD marah juga tapi tak tergamak hampakan permintaan dia. Rasaya kalau BD tak layan permintaan dia waktu tu, BD akan menyesal seumur hidup....

Sebenarnya terlalu banyak kenangan BD dengan Sabri. Tahun 2007 dua kali kami ke Langkawi. Beberapa bulan sebelum kematiannya, hinggalah di saat-saat akhir hayatnya, dia terlalu banyak mengkritik kerajaan (seperti yang tertulis dalam blognya). Sedangkan dia seorang pegawai kanan BPR, sekarang dipanggil SPRM. Dan antara yang menyedihkan, dia tidak dapat menamatkan pengajian PHD yang sedang diambilnya di UiTM. Cita-citanya untuk bergelar doktor begitu tinggi.

Cara kematiannya begitu mengejutkan. Apalagi dengan usianya baru 47 tahun, tidak merokok dan aktif dalam sukan golf. Tiga hari sebelum kematiannya, BD sempat berborak panjang dengan Sabri. Kami makan malam bersama di Bangsar. Dan pada malam itu, buat kali pertama dia bercerita tentang kerjanya sebagai pegawai BPR. Dia bercerita tentang usaha menangkap seorang pegawai tinggi kerajaan yang terlibat rasuah. Kisah dia menyamar sebagai manusia merempat untuk mendapatkan maklumat, dan banyak lagi. Dia tidak pernah bercerita tentang kerjanya sebelum itu.

Rabu minggu lepas (20 Mei 2009) BD baru lepas mandi pada kira-kira pkl 1.50 tengahari, seorang kawan dari opis menelepon BD, memberitahu tentang kematian Sabri. BD bagaikan tidak percaya, tetapi tidak mungkin dia berseloroh tentang mati. BD bergegas siapkan pakaian dan bergegas ke pejabat. Dari pejabat BD bersama beberapa rakan terus ke Hospital Putrajaya di mana kawan BD sedang lena di bilik mayat.

Selepas dimandikan, jenazah Sabri dibawa ke Mesjid Putrajaya untuk di sembahyangkan Dari mesjid itu, jenazah dibawa terus ke kampungnya di utara Kedah. Dia meninggalkan dua isteri dan empat orang anak. Yang kecil baru darjah satu.

Sabri tidak pernah mengadu sakit. Dan dia sendiri hanya mengetahui tentang sakit jantung yang dialaminya sejurus sebelum kematiannya. Alfatihah sahabat ku....

Saturday, May 2, 2009

PAKAR BAHASA PALING TAK GUNA





Kawan aku kata
pakar sains atau saintist, selepas bertahun-tahun bertengkar dan mengkaji, akhirnya dapat buat roket naik ke bulan, tapi pakar bahasa berpuluh tahun bertengkar dan mengkaji tak sampai ke mana. Asyik mengkaji dan lepas tu syok sendiri.... Kita lihat pulak apa hasil yang mampu dikaji pakar-pakar dalam bidang lain....

- Pakar perubatan- selepas mengkaji, bertengkar dan mengulangkaji akhinya dapat klon orang.

- Pakar kecantikan - selepas mengkaji, berbincang dan mencuba akhirnya dapat buat botox dari tempe.

- Pakar kecantikan tradisional - selepas mengkaji dan berbincang akhirnya dapat buat susuk.

- Pakar cari jodoh - selepas mengkaji dan mencuba dapat jumpa ayat Quran surah Yusof.

- Pakar masak - selepas mencuba dan mengkaji akhirnya dapat buat apam bantat dan nasik tangas.

- Pakar penyakit berjangkit - selepas mengkaji dan bertengkar dapat buat selesema babi.

- Pakar rumah tangga - selepas bertengkar dan memujuk dapat kawin sorang lagi.

- Pakar sakitpuan - selepas mengkaji dan menyelidik dapat baiki dara yang hilang.

- Pakar sakit tuan - selepas mengkaji bertahun-tahun dapat alihkan kedudukan `tuan' dia dari celah kaki ke dahi.

- Pakar pergigian - selepas mencuba dan mencuba dapat buat siung atau gigi emas.

- Pakar sukan bolasepak - selepas berbincang dan bersorak dapat jadi peyokong MU. Macam kawan-kawan aku tu... Jadilah....

- Pakar belalang - selepas terbang sana-sini dapat jadi belalang dewa...

Kesimpulannya, pakar bahasa paling tak guna. Menyusahkan orang sahaja, terutama pelajar sekolah.... Orang Amerika buat roket, orang Russia buat roket, orang China buat roket, orang Korea buat roket, orang yang pakar bahasa macam kita hanya mampu tumpang roket orang....

Wednesday, April 29, 2009

MAI LA LAWAT ANGKASAPURI

Tak banyak hendak diceritakan. Sekadar penerangan ringkas mengenai tempat aku kerja. Nama tempat aku bekerja adalah Angkasapuri, terletak di puncak bukit putera Kuala Lumpur. Berdepan dengan Lebuhraya Persekutuan, lebuhraya pertama di Malaysia. Di sebelah belakangnya kawasan Pantai Dalam, yang dulunya kawasan setinggan tetapi sekarang sudah membangun menjadi sebuah kawasan penempatan moden yang dipenuhi rumah-rumah pangsa, pangsapuri dan kondo. Kawasan Angkasauri cukup luas. Di dalamnya terletak Wisma Tv (tempat aku bekerja), Wisma Radio, Bangunan IPTAR, Bangunan IBC (International Broadcasting Corporation), Rentak 50, mesjid, surau, kantin dan beberapa bangunan lagi. Sedang dalam pembinaan sebuah bangunan lima tingkat yang khusus untuk Berita TV. Kalau umur panjang aku dan rakan-rakan di pusat berita tv akan berpindah ke bangunan itu pada tahun 2012. Kementerian Penerangan terletak di bangunan Wisma TV di mana menterinya berkamar di tingkat lapan. Setiap musim cuti, Angkasapuri menajadi salah satu distinasi lawatan pelajar seluruh Malaysia. Dan ada jugak orang dari luar KL datang melawat Angkasapuri pada hari-hari biasa bukan musim cuti. Kalau ada kawan aku yang nak datang melawat Angkasapuri, beritahulah... Kalau setakat tiga empat orang, aku boleh bagi rekomen masuk dan melihat sendiri apa yang kami buat... Boleh tengok studio, auditorium dan macam-macam lagi. Begitulah adanya....

Saturday, April 25, 2009

Switzerland Still In My Heart.







Switzerland bukanlah negara aku tapi sebuah negara Eropah yang sangat aku kagum. Bukan sebuah negara besar tetapi menawarkan perbagai keindahan. Geneva sebuah pusat metropolitan moden, dengan pantai peranginan canggih, dan daerah sepi Alpine merangsang keindahan banjaran bersalji Alps yang dikelilingi perkampungan indah di lurah-lurah yang sentiasa berair. Kita berpeluang juga mendaki puncak-puncak gunung yang sentiasa bersalji. dengan kedinginan mencecah tulang hitam. Atau menikmati keseronokan menyusuri tasik Geneva bersama kapal pesiar kelas A, atau menjelajah lurah-lurah Alps dengan Rhône Express. Atau merasakan saat-saat dramatik menaiki keretapi Alpines atau kereta kabel menuju puncak Montreux dan Zermatt. Jom ke Geneva bersama BD.... Di sana kadar nahas jalan raya terlalu rendah kerana tidak banyak kenderaan menganggu jalan raya.... tetapi di sanalah letaknya ibupejabat PBB, selain daripada di New York. Satu lagi keistimewaan Switzerland, di sinilah sebahagian besar jenama terbaik jam tangan dikeluarkan, termasuk yang BD pakai, ROLEX...



Thursday, April 23, 2009

MISTERI BUDAK HILANG



Sudah lama kita tidak dengar kisah budak hilang. Tetapi baru-baru ini muncul kembali. Seorang budak lelaki China dilaporkan hilang dari rumah sejak pagi semalam. Lim Chong Wei disedari hilang oleh ibu nya semasa hendak ke tempat kerja. Menurut ibunya, Lim memakai baju kuning, seluar pendek kuning dan bertopi putih semasa hilangkan diri. Dia hanya memakai selipar merah yang agak besar. Sesiap yang bertemu budak berkenaan diminta hubungi ibunya dengan segera kerana ibunya perlukan selipar yang dipakai budak itu.

Wednesday, April 22, 2009

KERABU MANGGA ANNZIHAN

Pic Kerabu Mangga ni aku curi dari blog annzihan. Amik dulu baru mintak izin. Izinkan saya Ann sebab nak bagi Along Arman jeles tahap melampau....

Bukan apa, aku dah mula tingin nak jadi tukang masak profesional macam diorang tu... Jangan marah Ann... BD peminat kerabu mangga tulin. Hampir tiap malam makan kerabu mangga dihidangkan bersama ikan bawal masak halia... Nak ajak Along Arman makan sekali...

Tuesday, April 21, 2009

Kek Boya Darat.

Hadiah dari mama atiq.... kalau nak kenal mama atiq kilik sini