
Barangkali Aung San Suu Kyi telah melakukan dosa yang tidak terampun. Sejak 20 tahun lalu dia menjalani hukuman penjara dan tahanan rumah selama 14 tahun. Dan ditambah 18 bulan lagi bagi dosanya yang terbaru.
Hukuman terbaru diterimanya hari ini kerana melindungi seorang tetamu tak diundang dari Amerika, John Yettaw. Tindakan itu melanggar peraturan tahanan rumah yang dijalaninya sebelum ini.
Hukuman terbaru 18 bulan itu juga menghalangnya bertanding dalam pilihanraya umum tahun depan. Dan memang itulah muslihat di sebalik hukuman itu; menghalangnya dari mengikuti pilihanraya, kerana dikhuatiri akan menang.
John Yettaw juga dihukum, malah lebih berat. Dia dipenjara tujuh tahun kerana berlindung di rumah Suu Kyi. Hukuman itu mencetuskan kritikan para pemimpin dunia. Gordon Brown menyifatkan junta tentera Myanmar sebagai 'gergasi', manakala Nicolas Sarkozy mendesak Kesatuan Eropah melaksanakan sekatan baru bagi Myanmar. Dia juga memnyifatkzn hukuman itu kejam dan tidak adil.
Bagaimanapun hukuman yang diterima Aung San Suu Kyi jauh lebih ringan dari hukuman maksima yang dihadapinya, 5 tahun penjara, dan lebih lembut dari hukuman asal yang dikenakan mahkamah, tiga tahun dengan kerja berat.
Isu Aung San Suu Kyi pernah disiarkan dalam program Global@1 dua minggu lepas. Takjubnya, 6 dari 12 pemanggil yang membuat komen mengenai isu itu masyarakat Myanmar yang tinggal di Malaysia. Rata-rata mereka tidak sukakan Suu Kyi, meskipun bencikan pemerintahan junta yang ada sekarang.Bagi mereka Suu Kyi melakukan dosa besar kerana menderhaka kepada negara, serta bapanya sendiri, Jeneral Aung San.
Sebelum dibunuh oleh British, jeneral Aung San berpesan pada rakyatnya supaya tidak memberi izin pada bangsa penjajah bertapak di Myanmar, terutamanya British. Manakala Suu Kyi selepas baligh, berkahwin dengan rakyat Britain berbangsa Perancis.
Begitulah adanya. Jangan sekali-kali engkar arahan orang tua kita.... Lebih dari itu, jangan gadai negara hanya untuk kesedapan sendiri.... masuk gambar terung atas arahan kakiayam... hihiii

20 comments:
lawak..lawak... mana punya gambar terung hang rembat nie ?? hiii..hiii
anyway,terima kasih banyak banyak kerana telah menunaikan permintaan saya...
hehehehehehe BD ni mesti ada unsur lawak :p
apa kena mengena en3?
isssshhhhh...
BD..terung abg putra ke?? :p
hehehe, teruk betul chombi ni. Aku tak kena mengena dengan ini cerita! Balik2 terung aku. Ini terung BDlah dah kena gigit semut api (semut ketum) pasal tu besar semacam je.
to kakiayam:
permintaan tok mudim mesti ditunaikan. takut ketulahan kalau tak tunai...
to umi :
hidup mesti ada campuran serius dan lawak. kalau tidak tak enjoy... betul tak umi...?
to kuina:
itu sebenarnya nasihat supaya kita jangan lupa jatidiri.... tapi dibuat dalm bentuk yang lebih ilmiah... hihii
to combee..
bukanlah... itu terung bd jumpa kat tong sampah... tak taulah sapa yang punya...
to AbangPutra.
kau tau lah combi tu... semua yg besar dia ingat kau yang punya... macam pernah tengok pulak...
Baja apa letak kat terung tu BD. panjang2 entri, terung jugak yang ditanya.
to TokNabe:
tu yang bd sedih... cerita pasal aung san suu kyi tak timbul. yang timbul pasal terung panjang tu....
salam...sibuk tahap gaban petala ke 8 la saudara..ahaha
kat sarawak ada terung asam..tapi bentuk bulat....(betul kan abg putra...??)
to Arsaili:
jangan tanya abang putera. dia cuma tau terung dia je...
BD, ni entry pasal Suu Kyi atau pasal terung~?? konfius.. konfius... teeheehee...
BD untuk en3 akan datang nak taruk gambar apa pulak ???
to Manje:
terung tu hanya sekeping gambar. cerita pasal suu kyi.. sebab tu ada 2 gambar suu kyi dan hanya satu terung. tapi yg menarik perhatian ramai gambar terung... bd pun konfius... hihiii
to kakiayam:
kau nak gambar apa..? arnab, pisang, atau ikan...?
belalang kunyit pun orait jugak...
ok... saya ada gambar belalang kunyit... hihiiiii
Post a Comment