Saturday, August 15, 2009

NORDIN NGETOP DI INDONESIA


Nordin Mat Top. Nama itu memang top. Top of the list. Terrorist list of FBI. Tapi dia rakyat Malaysia. Orang kita. Cuma kita tidak sokong perjuangan dia. dia pengganas. kita tidak sokong sebab kita tidak mahu jadi pangganas. kita mahu jadi manusia yang sempurna. hidup dalam aman dan damai. dapat bergerak dengan bebas dan bermain dengan girang.

Nordin mat top kini sedang 'ngetop' di Indonesia. Namanya sentiasa bermain di bibir rakyat Indonesia. Dia dikatakan penghasut untuk mencetuskan huru-hara, atau sekurang-kurangnya suasana tidak aman di Indonesia.

Oleh itu, Nordin mat top menambah kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Sebelum ini banyak isu lain yang menjengkelkan Indonesia termasuk isu pembantu rumah, isu ambalas, isu manohara, isu arnab, isu kambing dan sebagainya....

Tetapi bagi BD, isu Nordin ini sekadar kambing hitam bagi Indonesia. Dengan adanya Nordin, Indonesia akan terus menuding jari pada dia dalam setiap pergolakan atau keganasan yang berlaku. Berita mengenai Nordin mati tertembak sudah banyak kali berlaku. Setiap kali polis menyerbu sarang JI, Nordin dikatakan antara yang tertembak mati. Tetapi sehari dua kemudian mereka sendiri yang menafikan kematian Nordin.

BD samakan Nordin dengan Osama Bin Laden. Dah berpuluh kali tentera Amerika menggempur sarang Al-Qaeda, dan tempat persembunyian Osama, dia tetap hidup dan mampu meloloskan diri dari maut.

Sebenarnya di Indonesia yang memiliki lebih 220 juta rakyat, hampir 40 juta hidup di bawah paras kemiskinan. Dan ramai lagi menganggur. Sebenarnya, isu inilah yang sepatutnya ditangani segera dan diberi perhatian apabila berlaku rusuhan. Rakyat yang kurang makan lebih bertenaga untuk melawan daripada rakyat yang terlebih makan. Mereka akan lebih mudah terangsang jika ada yang membakar semangat mereka untuk merangsang, mereka akan mudah percaya pada hasutan supaya memberontak.

BD harap rakyat Malaysia harus berfikir dengan waras sebelum bertindak. Kita cukup makan walaupun ada masanya sekadar nasi goreng basi.

Pengajaran: Carilah bidang lain kalau nak top. bukan jadi pengganas, atau belalang kunyit. Ikuti ulasan panjang lebar dalam Global@1 di TV1, Ahad ini jam 11 malam.... hihiiii

18 comments:

KakiAyam said...

nie dah macam cerita nujum pak belalang....yang mana satu jantan..yang mana satu betina ?

BelalangDewa said...

tentulah yang atas tu jantan... hihii

echah_syed said...

tu BD ke merempit atas dahan..bulan posa waktu siang jgn buat lagu tu na satgi kena denda.waktu mlm bule sape pun tak marah.. :p

BelalangDewa said...

to Combee:
Malam boleh ka..??? yahoooo

ryann said...

wahhh...dah promote utk global bang.

BelalangDewa said...

dah banyak kali promote tu yann... tapi tak laku jugak.... huhuuu

secangkir madu merah said...

apa kena mengena crita mat top tu dgn gambar belalang kunyit tu?
tak relevan..

BelalangDewa said...

to SMM:
gambar belalang tu cuma permintaan seorang kawan nak tengok macamana rupa belalang... kalau SMM nak buat permintaan juga boleh... hihiiii

secangkir madu merah said...

mak tak kuasa nyah...

TokNabe said...

Kisah belalang kunyit BD mengatasi kisah nordin mat top ni.

Azis said...

opss sempat jugak promote cite ek..

banyak cara mau top...tapi ada jugak yang perasan dia top...hahahaha

Real Woman said...

in the first place betul ke nordin dan osama ni wujud? :P

BelalangDewa said...

to SMM:

malu ya...? tak pe... boleh buat permintaan dengan cara lain pun tak pe...

BelalangDewa said...

to TokNabe:
sekeping gambar boleh membawa seribu cerita... mengalahkan cerita yang ditulis.... hihiii

BelalangDewa said...

to Azis:
Sape tu Azis... yang perasan top tu..? Nordin Mat Top ke...?

BelalangDewa said...

to RealWoman:
Salah seorang pemanggil malam tu ada ceritakan pasal dua nama yg pernah belajar di UTM Skudai... Sorang Kamarudin Mat Top dan seorang lagi Nordin Mat Top... Dia konfius apakah mereka itu orang yg sama... Tapi isu Osama ni agak mengelirukan, apakah benar wujud atau sengaja diwujudkan...

kuIna said...

sy cadangkan jadilah blogger utk jadi TOP...

BelalangDewa said...

to Kuina:
BD tak boleh jadi top blogger.. TOP tu apa pulak..?