Saturday, August 29, 2009

RESEPI RAMADAN PEMBUNCIT PERUT


BD kecewa.... kecewa sungguh-sungguh.... Bukan pasal posa... Bukan pasal raya... Tapi pasal program tv sepanjang bulan posa... Bulan posa atau bulan Ramadhan adalah bulan untuk umat Islam berpuasa, berlapar dahaga, untuk dapat merasakan kelaparan dan kesiksaan saudara mara seagama kita yang hidup miskin, melarat, merempat...

Tetapi progrm tv disetiap bulan puasa dipenuhi dengan pelbagai jenis masakan, makanan, dan resepi untuk membuncitkan perut. Setiap hari dan malam... malah subuh, ada saja proram memasak dari chef-hef selebriti yang terkenal dan tak terkenal. Masakan mereka... aduhhh... mewahnya... Dan sedapnye.... Tak nampak langsung fungsi berpuasa di bulan Ramadhan...


Ada resepi cara masak lauk ikan yang sedap, ada resepi masak daging bagi sedap, ada resepi masak ayam yang sedap, ada resepi buat kek yang sedap dan belengas, ada resepi cara buat kuih yang mengenyangkan... dan macam-macam lagi... Tak sempat BD nak catat semuanya.

Tak hairanlah ada yang mengeluh perut tambah bucit, berat badan meningkat, darah tinggi dan kencing manis menjadi-jadi selepas bulan Ramadan....

Bila BD tengok program-program tv yang macam tu, teringat masa kecik-kecik, ramai antara kita yang makan nasi dengan ikan masin masa buka posa... Dan hari ini ramai saudara-saudara segama kita yang masih mengamalkn buka posa dengan ikan bilis dengan nasi putih... Kasihan mereka...


Dan BD juga kecewa apabila sesekali memenuhi jemputan berbuka puasa di hotel-hotel lima bintang tajaan seseorang VIP atau syarikat-syarikat tertentu. Beraneka hidangan, lauk, sambal, kari, dan entah apa namanya lagi. BD rasa bagaikan tak tergamak tangan untuk mengambil makanan itu apabila terbayangkan ramai umat Islam yang tidak bernasib baik hanya makan nasi semalam untuk berbuka.

Banyak nasi dan lauk pauk terbuang. Pembaziran besar.... Ahhh barangkali inilah yang dikatakan saudara syaitan...

Menitis airmata BD... Agaknya inilah yang dikatakan Satu Malaysia, rakyat didahulukan....



18 comments:

ryann said...

aiyarkkk. tak mozec lak gambar atas ni bang.
memang betul kita terlalu disua dengan melebihkan makan

Real Woman said...

aiyoma betul la yan, kurang pahala aku berposa hari ni! tapi kan BD, program2 masakan kat TV tu sekadar nak memeriahkan bulan ramadan ni. alah..kadang tgk je, masaknya tak pun! eheheh...tapi bab makan kat hotel tu mmg mengarut dan mmg satu pembaziran!!!

secangkir madu merah said...

ya Allah, seb baik aku terejah ke blog mu ni malam2 klu siang haru biru jadiknya..
cerita dah bagus dah, buat aku sedeh sekejap tapi bila aku scrol kebawah..masyaAllah.. gambar itewww.....
aku ketawa mcm nak terguling2 kat lantai..
lawak giler..sepatutnya kat Malaysia pon kena buat cam tu.. baru padan muka kena bawak keliling bandar..
(kesian tgok muka org tu..toye jer)
mana ko amik gambo ni?? dasyat betollah..

BelalangDewa said...

to Yan:
tak pandai nak mozek... biarlah.. bukan nak stimpun tengok muka dia. haha...

BelalangDewa said...

to RealWoman:
program masakan bulan Ramadhan tu patut diganti dengan program yang boleh memberikan kesedaran dan sesuai dengan fadilat puasa. Bukan untuk membuncitkan perut je... Patutnya temuilah golongan yang kurang mampu minta cerita mereka untuk timbulkan kesedaran kita...

BelalangDewa said...

to SMM:
pertama BD nak sebut, n3 tu memang baru BD masukkan. Maksudnya dah malam pun supaya SMM dapat tengok tanpa batalkan posa. Tapi BD rasa memang tak batalpun kalau tengok siang hari. Tak kan tengok muka toya tu pun nak stim.. Haha... BD memang mempunyai pandangan yg berbeza mengenai sesuatu isu... BD pernah hidup susah dan senang... jadi, semasa hidup dalam kesenangan, BD selalu teringatkan masa susah... Begitulah.. Gambar yg paling bawah tu BD curi dari mana pun tak tau... haha....

Abeli Rosli said...

salm bd.. betul kita kat malaysia.. ni bebuka.. ya robbi.. penuh meja tak muat atas meja.. hidang atas lantai.. kalau kit pegi buat server kat pasar ramadan.. kita tengok kiri kanan.. cibik.. makanan.. dalam jabir rok-rak.. macam nak g hantar masjid nak buat majlis berbuka... tengok abeli selamba je.."SINGGANG GEARBOX TOKJORO"...Tmenu yang ke 16 hari tu....

BelalangDewa said...

to Abelitokjoro:
melihat keadaan itu Bd tertanya- tanya di manakah letaknya fazilat puasa yang kita jalani setiap hari.... kita jadikan bulan ramadhan sebagai bulan pesta makan... seperti di gerai-gerai ramadan tu... Kita tersimpang jauh dari menghayati kesengsaraan mereka yang tidak mampu.

Chenta said...

Hermm... menarik n3 anda kali ini . Saya nak tambah sikit.

Restauran Bukan Islam (esp. cina) mereka pun mengambil kesempatan mengadakan " Buffet Istemewa Ramadhan " Apa benda ni ??sedangkan hakikatnya terang lagi bersuluh ada dihidangkan arak.

Salahnya 'orang kita'. Tiada pemantauan dan tidak bertindak tegas. Dan 'kita-kita' yang bernafsu besar ini, telah merelakan perlakuan tokeh2 yang kurang ajar itu meraih keuntungan .

Serius. !

Saya lihat, ramai yang dtg bawa keluarga. Herm.. sungguh kasihan .


btw ~ gambar itu sungguh kurang sopan okeh . Apa niat BD sebenarnya ?

Jawapan BD komen diatas .."Tak kan tengok muka toya tu pun nak stim.. Haha... "

boleh diterima ke ?

Amaran : Jgn cuba putar belitkan pertanyaan saya okeh !! Jawapan mesti telus . hehe

BelalangDewa said...

to LiNda:
org Melayu memang betul kata Mahathir. Hapraqqqq... China buat macamanapun dia kata ok... Melayu bangang je yang bawak anak bini masuk restoran China untuk buka puasa... melayu yang dah hilang semangat Melayu dan Islam... barangkali dah pernah beberapa kali makan babi dan minum arak.... Okey, pasal gambar tu, kalau LiNda tak suka BD bolehkan... Tak ada masalah. Pelanggan mesti dijaga bagai raja... hehe....

echah_syed said...

combi sahur dgn ikan masin dan bilis goreng tapi combi bukan ler miskin sgt sbb ikan bilis sekilo rm15 dan ikan terubuk masin sekor rm15.

kalau fikir positif bukan pembaziran semua ini menjana ekonomi jugak.tak gitu BD ^_^

bulan posa ni jangan dok marah BD nnt pahala kurang rugi jek...sabo yer :)

BelalangDewa said...

to Combi:
Ye lah tu.... Pembaziran dianggap menjana ekonomi.... bersaudara dengan yang bertanduk tu,.... hihii

Cuppa Kofee said...

betul jugak kata BD tu. sepatutnya adakan cerita2 atau tunjukkan realitily tentang mereka yang kurang bernasib baik, baru lar kita umat islam rasa insaf dan bertimbang rasa....
kadang kita ni dah senang, lupa pada mereka yang susah :(

Suara Perindu said...

BD, kita kena berubah. Berapa tahun dah kita berpuasa? Kalau masih sama juga...susahlah nak cakap. Puasa pun ada kumpulan. Yang kita nak kumpulan yang baik tu, puasa lahir batin. Ini susah nak capai.

BelalangDewa said...

to Manje:

Terimakaish kerana sokong BD. Orang kaya memanmg tak pernah ingat pada orang miskin, meskipun saudara mara mereka sendiri. Itulah hakikatnya... Hanya sebilangan kecil yang ingat.

BelalangDewa said...

to Abang Putra:

Nak berubah macamana AP. Kata orang RTM sekarang sama macam BN. Buat macamanapun orang dah tak peduli....

kuIna said...

perut naik poket kempes...

BelalangDewa said...

to kuina:

perut dan poket sama kempessss..