Wednesday, August 19, 2009

PATRIOTIK? OMONG KOSONG...

Gambar ini aku curi dari blog sapa entah... Maaf ye..

Apakah rakyat Malaysia patriotik..? Sejauh mana..? Zero.. kosong... nil... sifar... Sebenarnya rakyat Malaysia patriotik sifar... Apakah menteri patriotik..? No... Apakah pemimpim pembangkang patriotik..? No... Apakah ahli-ahli perniagaan patriotik..? Jauh sekali... Jadi, jangan harap rakyat macam aku nak jadi patriotik.

Hanya rhetorik... sekadar penyedap mulut... Suruh orang patriotik tapi sendiri tak ambik kisah... Apakah dengan mengebar bendera Malaysia di depan rumah, depan kilang, depan kereta atau depan pejabat, kita boleh mengaku patriotik...? Mengarut...

Patriotikkah rakyat Malaysia kalau peniaga asyik fikirkan keuntungan sendiri. Patriotikkah peniaga yang naikkan harga topeng semasa orang ramai kelamkabut dengan bahaya selesema babi...? Dia tak peduli orang sanggup beli atau tidak. Yang penting dia dapat untung berlebihan daripada kegelisahan masyarakat lain. Sepatutnya peniaga macam tu mampus dulu....

Patriotikkah rakyat Malaysia yang menyembunyi dan menaikkan harga gula pada setiap musim perayaan, terutamanya perayaan untuk agama Islam yang dirayakan oleh orang Melayu..? Patriotikkah mereka yang menaikkan harga ayam..? Patriotikkan mereka...? Bullshit.....


Jangan terlalu menjaga hati bukan Melayu... Sebab Melayupun ada hati....

18 comments:

secangkir madu merah said...

Aku patriotik...merdeka! merdeka! merdeka.!..



gambar tu si ibu dgn si anak monyet, tapi yg belakang tu sapa?

echah_syed said...

combi tak kisah hal org lain patriotik ke idak..tapi combi sehingga hari ini sgt teruja nak sambut kemerdekaan ke 52.

tiap-tiap tahun kami anak beranak mmg pasang bendera kat pagar rumah.combi mahu anak-anak tahu bukan mudah utk mencapai kemerdekaan sehingga mereka merasa hidup senang sekarang.

marilah kita bersangka baik selalu dan doakan yg terbaik utk malaysia yg kita cintai.

combi yakin kawan-kawan yg lain pun macam combi masih berjiwa patriotik.

selamat menyambut ramadhan kpd BD dan cool down bro.semoga kita sama-sama menyambut kemerdekaan dgn penuh kesyukuran.amin ^_^

*BD..mu jange jadi nicky ajis bah.. dah makin nyanyuk dia deh :p

echah_syed said...

sokong secangkir madu merah >> MERDEKA MERDEKA MERDEKA..!!!

*bulan posa tak leh masuk sini nnt kurang pahala posa cheQ :D

secangkir madu merah said...

betol kata echah_syed, bulan posa kita ramai2 boikot jangan masuk kat sini.. biar BD buat lawak yang very derr...sorang sorang hehehehee...

Abeli Rosli said...

merdeka dalam bulan puasa.. mintak.. mintak.. la dia org tak buat konsert mcm tahun lepas.. malam tu kita pakat sembahyang terawikh kat dataran merdeka..apa macam.... setuju...

jebat_durhaka said...

rakyat masih lg mempunyai semangat patriotik BD tp mcm ko ckp yg lain tu aku setuju....mana semangat patriotik pak n mak menteri kita..mana semangat patriotik tokey tokey cina yang sibuk menyebut 1 Malaysia ni, semuanya aku tengok ada kepentingan diri sendiri...yang selalu jadi mangsa orang MELAYU yang masih tidak sedar yang harga diri telah dilelong sana sini.Yang selalu kita nampak...pak n mak menteri kita bergaduh sesama pembangkang yang rata rata orang MELAYU juga, bangsa lain tepuk tangan...tak malukah kita sebagai orang MELAYU

Suara Perindu said...

Gelak aku baca komen Chombi. hehehehe. Lawak sokmo.

BelalangDewa said...

to SMM
yang belakang tu jiran monyet... nak berkenalan ke..?

BelalangDewa said...

to Combee:

Sambutlah hari kemerdekaan dengan keinsafan dan kenangkan jasa dan perjuangan mereka yg terdahulu... jangan merempit tau....

BelalangDewa said...

to Combee lagi:

BD tak berani kutuk Nik Aziz. Bukan kerana dia orang PAS atau menteri Besar Kelantan. BD tak dengar dengan jelas apa dia cakap... Media hanya siarkan separuh je....

BelalangDewa said...

to SMM:
BD budak baik tau... Bulan posa nanti semua posting cerita pasal agama dan akhirat je... Bukan macam Combee... posa tahun lepas dia masukkan video orng menari lucah...

BelalangDewa said...

to AbeLi:
BD harappun macam tu jugaklah.. Tak ada berbau maksiat diselitkan dalam perayaan sambut merdeka ini nanti...

BelalangDewa said...

to Jebat:

BD memang tak percaya patriotik tokeh China... Dari dulu sampai sekarang... 1 malaysia hanya di bibir untuk cari pelanggan...

BelalangDewa said...

Abg Putera:

Combee memang macam tu... Kalau jumpa dia aku nak sula....

echah_syed said...

BD..mu jange buat fitnah kat ambo deh.video lucoh mane pulok weii.adehhh..!

bule poso lusa doh..cepak mu minte maah kat ambo.

........

abg putra..ok tak combi kecek kelate hehe ^_~

BelalangDewa said...

to Combee

Maaf... Mu kecek Kelantan loghat Sabah ke...? Tak faham... haha...

Chenta said...

Wahh..dah ada suara kemanusiaan dan suara 1 malaysia disini .

Bagus.. masing-masing ada hak and bebas utk bersuara dan meluahkan apa yang ingin diluahkan . Sangat berani dan bertahan mempertahankan pendapat . Tahniah okeh .

Itulah KEBEBASAN yang sebenarnya .

Dan untuk mencapai KEMERDEKAAN, kenalah bersatu hati

melawan tokeh gula yang semakin menggila...

lawan tokeh topeng muka yg memang bertopengkan toott..

lawan tokeh ayam dan lain2 tokeh lagi yang akan muncul bila time perayaan . percayalah !

owh..saya tetap akan mengibar Jalur Gemilang, Barulah boleh berbangga dengan diri sendiri .

BelalangDewa said...

to Linda:
BD sebenarnya kurang puashati dengan keadaan hari ini. Ramai yg berkata nak kibar jalur gemilang tapi tak nampakpun jalur gemilang kat rumah atau kereta mereka. yang ada jalur gemilang kat kilang gula yang tk patriotik tu.... itu sebab saya katakan jalur gemilang hanya topeng untuk mereka yang berpura2 patriotik.