Tuesday, March 17, 2009

THE CHOOSEN ONE


Laksemana Do Re Mi sebuah daripada banyak filem arahan dan lakonan P.Ramlee yang berjaya menambat hati jutaan penduduk Malaysia. Bukan hanya masyarakat sezaman dengannya, malah orang ramai yang lahir di zaman 50 tahun selepas kematiannya.

Antara adegan yang menggelikan hati dalam filem itu apabila Raja Negeri Pasir Berdengung terpaksa mengadakan persidangan bawah pokok apabila negaranya dimusnahkan oleh menteri yang jahat yang dinamakan Menteri Pasola. Tidak ada penonton yang tidak ketawa menyaksikan adegan itu. Malah ramai berkata dalam hati, 'ada ka patut bersidang bawah pokok. Mustahil...'

Tetapi apabila kita menyaksikan satu adegan persidangan bawah pokok yang berlaku di Ipoh baru-baru ini, dengan sendirinya kita teringatkan adegan yang dicetuskan P.Ramlee dalam filem itu. Mereka yang pada mulanya berfikir itu adegan mustahil, hari ini memuji P. Ramlee kerana telah mendahului adegan di Ipoh. Itulah kehebatan P. Ramlee.

Begitu juga dengan adegan Menteri Pasola melarikan puteri raja yang dicintainya. Perkara seperti itu juga pernah berlaku dalam sejarah cinta dan politik kita apabila Menteri sebuah negeri melarikan anak raja ke Siam dengan menaiki perahu untuk berkahwin.

Dengan kata lain, filem-filem P.Ramlee bukan sekadar lawak kosong, tetapi setiap orang harus berhati-hati kerana tidak ada yang mustahil dari cetusan pemikiran Seniman Agung itu.

Perhatikan juga filem Musang Berjanggut di mana menteri-menteri tua jatuh hati dengan isteri anak raja, dan adegan raja sendiri jatuh cinta dengan menentunya.

Filem Pendekar Bujang Lapok juga memaparkan bagaimana P. Ramlee serta rakan-rakannya terlalu slow dan lambat bertindak sehingga perompak boleh larikan wanita yang mereka cintai, anak Pendekar Mastor. Mereka hanya menyebut ''Cubaan...'' apabila diberi amaran perompak melarikan anak Pendekar Mastor.

Suasana itu berlaku hari ini di negara kita apabila pemimpin lambat bertindak untuk mengatasi sesuatu kemelut atau krisis.

Pendekata, terlalu banyak yang boleh kita kaji dan nilai daripada filem-filem P. Ramlee, sebelum negara yang kita sayangi ini musnah sama sekali.

P. Remlee dianggap The Choosen One pada masa itu. Dan dalam politik hari inipun kita ada The Choosen One... yang tidak dibenar bertanding kerana terlalu pemurah...

5 comments:

KakiAyam said...

falsafah..falsafah...hee..hee
ok abg budin..saya dah berjaya menyusup masuk ke blog abg budin. harap kad vvip saya nie kekal la sampai bila bila...thank you call saya tadi..
suara ok la..macam suara Hasbullah Awang..keh..keh

KakiAyam said...

mana pegi videoklip artis indon yg seksi tu ? kena tapis dgn lembaga penapisan filem ker ? keh..keh..keh

BelalangDewa said...

to kaki aya:
memang cerita P. Ramlee penuh dengan falsafah kalau kita telitikan... Mukapun macam Hasbullah Awang. Ramai yang keliru...

videoklip model tu dibuang supaya orang tak kata kita teruk sangat hihiiii...

LadyAna said...

Glad to be here

BelalangDewa said...

to ana:
macamana tau...? hihiii