Friday, March 27, 2009

ONE WAY JOURNEY..?
















Aku baru balik dari perhimpunan agung UMNO di PWTC. Seronok tengok orang ramai. Macam ada openhouse raya pulak. Tapi aku tak tertarik dengan ucapan-ucapan pemimpin dan separuh pemimpin tu. Macam yang dulu-dulu jugak. Kononnya nak ubah UMNO. Nak ubah itu, nak ubah ini. Banyak sangat yang nak diubah. Kononnya, nak hapus politik wang, tapi orang yang dah disahkan terlibat dalam politik wang menang besar. Apa lu cakap oiiii.

Seorang kawan bagi tau belalangdewa, orang yang paling bersih di PWTC adalah orang yang kerja tukang cuci lantai. Memang bersih. Yang lain, entahlah....

Namun tempat yang paling menarik perhatian ramai di PWTC adalah tempat orang berniaga. Tak kiralah berapa ramai yang berniaga, tetapi memang ramailah.... Dan laris. Orang kampung banyak duit betoi beli barang kat situ.

Yang seronoknya, bila sedara mara di kampung tanya perwakilan atau suku sakat perwakilan apa pendapat mereka tentang ucapan para pemimpin sepanjang 4 hari perhimpunan agung, mereka akan jawab ''entah.... tak berapa dengaq...''

Tetapi bila ditanya berapa harga kain, songket, cenderhati, cincin, gelang, seluar dalam, perhiasan dan macam-macam lagi yang dijual di PWTC semua boleh menjawab dengan tepat. Begitulah keadaannya setiap kali perhimpunan agung UMNO di PWTC.

Namun satu perkara yang membingungkan aku apabila seseorang berkata, 'kita sudah sampai ke garis penamat. Sudah sampai end of the road..

Jenuh belalangdewa mintak dia jelaskan maksud cakap macam tu. Inilah jawapannya.

''Kalau ikut teori RAHMAN, kita sudah sampai huruf N... Najib... mungkin juga disebut END, atau penamat. Lepas ini tak tau lah... Mungkin balik ke A...Anwar.... antau M... Muhyiddin... atau K.... Khairi... atau S....Samy Belu...''

Berhati-hatilah...

2 comments:

JUN said...

BD..x pernah pegi pon sbb tu tatau rege semua brg2 tu...dok beli brg kat kedai2 bese je...kedai 2 hengget k, hehe

BelalangDewa said...

to Jun:
tempat tu utk orang yg kena jemput mesyuarat agung. kalau tak kena jemput tak payah pi pun tak pe... beli kat kedai 2 hengget lagi bagus...