
Sivam anak seorang penoreh getah di kampung saya. Dia kini berkerja di Kuala Lumpur selepas berjaya dalam pelajaran di peringkat universiti. Di Kuala Lumpur Sivam berkenalan dan bercinta dengan seorang pegawai wanita di pejabatnya. Cantik dan menawan, bernama Khirja. Suatu hari Sivam pulang ke kampung untuk menyampaikan hasratnya untuk berkahwin kepada ibu bapanya.
Alangkah terkejutnya Sivam apabila ibu bapanya tidak merestui perkahwinannya dengan Khirja. Mereka berikan alasan perempuan bandar tidak boleh dipercayai. Ramai sudah kena tebuk, atau menebukkan diri. Mau tidak mau Sivam terpaksa berkahwin dengan gadis pilihan orang tuanya bernama Letchumi. Upacara perkahwinan Sivam dan Letchumi dibuat secara besar-besaran kerana Sivam seorang yang berkemampuan.
Selepas berkahwin, Sivam membawa Letchumi pergi berbulan madu di Langkawi. Kehidupan mereka boleh dikatakan aman. Sivam sudah boleh melupakan Khirja. Semuanya kerana kebijaksanaan Letchumi mengatur rumah tangga.
Bagaimanapun suasana mula berkocak sebelum tempoh bulan madu tamat. Ia berikutan pertanyaan Letchumi, wanita kampung yang polos dan kurang pengalaman dalam kehidupan.
Letchumi: Abang kata kita sekarang sedang honeymoon, bila nak honeymoon..?
Sivam: Yang kita buat malam tadi tu honeymoon lah...
Letchumi: Yang mana satu, yang kita makan ikan bakar tu ke..?
Sivam: Bukanlah... Tu... yang abang sondol-sondol Letchumi tu...
Letchumi: Ooh... yang tu... (dengan nada polos)
Sivam: Kenapa..?
Letchumi: Kalau yang tu Letchumi pernah buat dulu... dengan Muniandy....
Selesailah sudah satu kisah rumah tangga.....

4 comments:
boleh bikin skrip raja lawak musim ke 4..
boleh... boleh... tapi tak ada org mintak sekrip..
Terasa sunyi kat sini...kesian kat tuan tanah yang dulunya ramai pengunjung dan teman2
Semoga terus tabah utk menulis
to anatahir:
tak apelah... dah nasib tuan rumah nak jadi macam ni...
Post a Comment