
Malam tadi belalang dengan seorang kawan melompat-lompat di beberapa kawasan strategik di Kuala Lumpur. Antaranya Lorong Haji Taib. Ini bukanlah kebiasaan belalang, tetapi malam tadi agak istimewa sebab ramai orang Melayu seluruh negara berkampung di Kuala Lumpur. Almaklum sajalah, sekarang ini perhimpunan Agung parti terbesar negara sedang berlangsung sehingga 28 Mac ini.
Melompat-lompat di Kuala Lumpur tu bukan tugas hakiki belalang. Tetapi oleh kerana tak terpilih mencover persidangan di PWTC, belalang bersama kawan ingin mencari cerita-cerita sampingan berkaitan perhimpunan agung itu. Seronok... memang seronok. Seronok tengok mereka tawar menawar dengan pondan.
Lelaki: Berapa..?
Pondan: Pat puluh..
Lelaki: dua puluh boleh..?
Pondan: Itu harga belum merdeka bang... Sekarang semua dah naik harga. harga tissu pun dah naik bang...
Lelaki: Nak buat apa tissu...
Pondan: Nak lap kepala abang...
Lelaki: Ok lah...
Pondan: Nak aircon ke biasa...?
Lelaki: Kalau aircon kena tambah berapa...?
Pondan: Tambah 20 sen bang... Nak beli gula-gula Hack...
Aku dan kawan aku tersenyum je mencuri dengar urusan tawar menawar tu....
Sesungguhnyan, kawasan pelacuran dan perpondanan di beberapa lorong Haji Taip penuh dengan muka-muka Melayu. Kedai-kedai makanpun penuh dengan mereka. Oh terlupa pulak nak sebut pukul berapa belalang pi meronda tu... Kira-kira pukul 12 tengahmalamlah... apa lagi... Sehingga pukul 2 pagi...
Seronok tengok gelagat bakal-bakal pemimpin kita berkumpul di Lorong Haji Taib. Mungkin sedang mencari ilham siapa akan dipilih dalam perhimpunan nanti. Apakah Mat Taib, atau MY. Atau apakah KJ, MM atau KT untuk memimpin Pemuda. Atau Nek Dah atau SJ untuk ketua Wanita. Oooop... golongan ini tak terlibat dalam perhimpunan haram di Lorong Haji Taib. Mereka berhimpun di Mydin je... Haha...
Di jalan-jalan raya pun keadaan macam malam raya. Banyak sangat kereta bernombor plet luar Kuala Lumpur. Bas-bas pesiaranpun bertambah bilangannya.
Nak cerita sikit pasal bas pesiaran. Mungkin oleh kerana mereka membawa perwakilan UMNO, pemandu bas pun dah jadi macam orang UMNO. Letak bas sesuka hati. Agak ke tengah jalan dan hampir menghalang lalu lintas. Belalang hampir terlanggar bontot sebuah bas pesiaran yang diparking di bukan tempat sepatutnya. Parking tepi jalan, tetapi bontotnya hampir memenuhi lorong kedua jalan.

6 comments:
ermm wakakakah...x leh tahan statement "nak lap kepala abang"...aduhaiiii..
panazzzzz
sebab tu belalang letak label XXX
lor...tak dak diskaun ka?
to Jie:
Orang UMNO kaya. Tak leh discount...
takkan tengok je bang. hehehe
to ryann:
tak minatlah...nanti orang kata pengikut setia DSAI....
Post a Comment