Friday, March 20, 2009

TIGA ABDUL YANG KELAKAR



Petang tadi saya menonton filem Tiga Abdul. Seronok dan kelakar. Otak P.Ramlee memang kelakar, macam otak belalangdewa jugak.

Semasa filem itu hampir tamat, saya mula terasakan watak Abdul Wahub yang agak berbeza dengan otak-otak orang lain, Abdul Wahab dan Abdul Wahid. Dan saya terus berfikir, kalaulah dalam zaman sekarang masih wujud watak si Abdul Wahub tu, aman negara kita.

Secara keseluruhannya, Tiga Abdul memaparkan manusia-manusia Melayu yang dibekalkan dengan nafsu serakah. Daripada bapak mentua 'Ahmad Nesfu' hinggalah kepada menantu-menantunya, Wahab dan Wahid. Untuk mendapatkan kekayaan dan kepercayaan bapa mentua, mereka sanggup menipu, mencuri dan apa saja yang boleh mendatangkan wang.

Keadaan yang sangat jelas berlaku hari ini dalam politik kita. Menipu dan mencuri harta rakyat sudah menjadi cara hidup orang politik sehingga rakyat seperi belalangdewa tidak memiliki apa-apa.

Dan hanya Abdul Wahub dengan caranya yang tersembunyi mampu mengajar dan menyedarkan bapa mentua yang serakah, serta abang-abang yang tidak dapat menggunakan fikiran sendiri.

Malah suasana politik negara kita sudah berada di paras sangat gawat. Kalau sebelum ini UMNO dan BN banyak menafikan dakwaan-dakwaan yang dibuat pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim, tetapi sekarang, pemimpin-pemimpin UMNO sudah mula menafikan dakwaan sesama sendiri.

Jelasnya, perpecahan dalam UMNO sudah semakin luas, kian merebak, dan terus berkembang.
Ada orang PM ada orang TPM dan ada orang yang tidak memihak kepada mana-mana pemimpin politik. Belalangdewa termasuk dalam golongan ini.

Contoh yang jelas berkaitan perpecahan UMNO yang kian meluas ini dapat dilihat dalam isu Ali Rustam. Apabila dia tidak dibenar bertanding kerana tuduhan rasuah politik, ada pihak berkata dia dikambing hitamkan. Puak berkenaan berkata puak yang satu lagi sengaja tidak mahu dia terus maju dalam politik. Manakala pihak yang dituduh pulak menafikan dakwaan itu. begitulah ceritanya. Dan saya percaya cerita ini akan terus berkumandang.

Malangnya, dari dulu lagi belalangdewa tidak pernah percaya pada penafian. Bagi belalangdewa penafian hanya sekadar untuk menutup satu-satu kesalahan. Israel yang jelas dan terang menembak Gaza menggunakan bom berangkai dan bom beracun, masih menafikannya. Sedangkan seluruh dunia dapat melihatnya melalui televisen.

Kalau yang jelas dan dapat dilihat oleh semua orang masih boleh dinafikan, apalagi yang tersembunyi, seperti rasuah, atau beda'ah....

Apa yang berlaku dalam UMNO itu timbul dari hati yang serakah untuk mengaut kekayaan sendiri, seperti bapak mentua Tiga Abdul. Apakah perlu kita lelong orang-orang macam tu...

Belalangdewa juga baru tahu ada istilah rasuah kecik dan rasuah besar. Rasuah kecik boleh bertanding, rasuah besar tak boleh.... Memang geli hati... Kah kah kah... Kawan belalangdewa yang keje kat Suruhanjaya Pencegah Rasuah pernah beritahu, rasuah tetap rasuah, kecik atau besar.... Sama dengan mahkamah yang bicarakan kes curi. Sama ada curi ayam dua ekor, atau curi bank puluh-puluh ribu, hukuman tetap sama.

1 comment:

Kasawari said...
This comment has been removed by the author.